Tuesday, August 31, 2010

Project Part II : Juadah di Bazar_End of the day

Assalamualaikum..


Nak update juada untuk last day berniaga di Bazar.. Semua di bawah dijual dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.. 4 biji kuih = RM 1.00.. tapi untuk buah melaka yang warna warni tu, 4 paket = RM1.00.. Murah rite? kalau kat luar, konfem tak dapat.. ahaks..


Ini buah melaka namanya.. Warna asalnya adalah hijau.. Yang biasa kita tengok.. Tapi this day, saya buatkan 3 warna.. saje j nak memeriahkan suasana di meja jualan.. Menarik kan? Ingatkan nak buat warna bendera Malaysia, tapi cam pelik lak nak guna warna biru.. hehe.. Tapi hasilnya menarikkan?


Yang ini pula Puding Milo.. Sama dengan subuh dah buat.. Seingat saya lah, selama meniaga di bazar ni, dah macam-macam jenis puding yang dibuat.. Semuanya 1st attempt.. tapi sedap dan menarik..



Yang ini pula Sardin Roll.. Intiny Sardin..Kulitnya roti dan popia.. Sangat sedap sebab crunchy.. Maybe lepas ni bleh buat untuk juadah petang hari.. tak susah pun.. Dapat sambutan gak makanan ni..



Yang ini samosa.. dah cantikkan lipatan samosa kami? compared to before.. Asalnya tak de basic pun nak buat samosa ni.. Tahu buat inti je(ini siti).. Sebab tu 1st attempt jadi pelik.. Tapi hasil bermain Cooking Master kat Laptop, kemahiran melipat samosa dipraktikkan secara realiti.. Berjaya woo.. Tak sia-sia main game..leh jana duit jugak..hahaha..

And.. ada lagi beberapa jenis juadah yang tak sempat nak snap.. Tapi semuanya sedap belaka.. Dibuat dengan penuh kasih sayang dan dengan sepenuh hati..
Adios..(^____^)

Seronoknya Berbazar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. berakhir sudah Projek II : Juadah di Bazar.. Maaflah, tak dapat nak update perkembangan sehari-hari.. Sangat sibuk dengan tugasan dan kuliah.. Sibuk juga dengan aktiviti memasak.. 

Tapi, kat bawah ni nak sharelah sikit gambar "Sehari di Bazar". Gambar-gambar yang ada ini hanyalah the one yang saya captured sendiri.. So, merekalah yang bertuah.. 

Tapi...Semua kawan-kawan sekursus turut membantu.. cuma waktu hari kejadian ni, bukan giliran mereka menjaga..


Untuk turut serta dalam bazar ni, kenalah bayar duit tapak dulu.. untuk student kitorang kena charge RM100 dan RM50 untuk deposit kebersihan. Jadinya sepanjang kurang dari sebulan, itulah bayarannya.

Taklah banyak sangat kuih yang kitorang jual.. berpatutan dengan usaha yang ada.. dan hasil kuih-kuih buatan sendiri ni dah pun saya letakkan dalam entrie sebelumnya.. tertarik??


Waktu jualan bermula dari jam 4.30 petang sehingga pukul 7. Hasil jualan tak konsisten sangat. Al-maklumlah, kami semuanya pelajar bukan peniaga tegar. Tapu alhamdulillah, ada hasilnya. Rakan-rakan sekursus telah pun diberikan jadual untuk menjaga bazar.. Dalam erti kata lain untuk melariskan juadah yang di buat..

Seronok juga menarik perhatian warga universiti untuk datang membeli. Masing-masing menunjukkan bakat menjual..  


Masa saya turun ke gerai on that day, cuaca tak berapa nak baik. Hujan lebat.. Angin bertiup dengan sangat kuatnya.. Kejadian ni berlaku sehari lepas puting beliung dekat...one place kat Johor ni.. Lupa nama tempatnya..malas pula nak google.. tapi lepas that daylah..

So...Jualan bazar dah sampai ke penghujungnya.. Inilah Ramadhan terakhir sebagai pelajar degree.. InsyaALLAH.. Ramadhan akan datang?? InsyaALLAH...

Kepada semua rasa sekursus yang memberi sokongan sama ada dari sudut moral mahupun fizikal, terima kasih diucapkan dari pihak saya.. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu erti buat kita semua..dan Salam Aidilfitri..

Friday, August 13, 2010

Project Part II : Juadah di Bazar

Assalamualaikum...

Hye guys!! Ok, this is our 2nd Project.. Juadah di bazar.. 1st time ni buat sume benda ni.. dari memasak(walaupun saya tak reti sangat masak sume benda ni),menghantar ke tapak bazar, dan menjual (sambil menunggu yang punya giliran datang untuk menjual).. Everything is being done this sem! unbelievable.. Dah tahun 4 baru nak buat segala mende ni.. hahaha..

Nak share ngan u all.. especially dekat kengkawan UTM. kalau lapang, yok turun ke tapak bazar UTM. ANeka jenis kuih dan puding yang kami sediakan.. Handmade by Medictronic's gurlz..

Kagum sejenak melihat kehebatan diorang memasak sume ni.. Cantik dipandang.. rasa pun sedap weh.. tak tipu.. Even saya sendiri pun tak terbuat benda ni..hehehe

Our 1st desert, SAMOSA.. sorrylah, 1st attempt tak brape nak jadi samosa..nampak bentuk segitiga je. tapi inti dia memang absolutely sedap! Good Job Siti Zubaidah! i like!


Samosa ni, we all jual 4 biji = RM1.00.. Tapi pasni we all buat besar sket and jual 
3 biji =RM1.00.. hopefully you all still membeli...

2nd desert : Buah Melaka.. Buah yang didatangkan khas dari pokok melaka. ye ke? Eh, gimik semata.. Buah melaka yang dibuat di UTM,Skudai.. hahaha.. mungkin pasni tukar jadi buah johor lak kot?? komen anda?

ini kerja tangan Cik Siti jugak.. tapi yang membulatkan dan menggoleknya di dalam kelapa parut 2 we all 5 orang ada tulung juga.. 



Yang ini pun sedap juga.. betul..tak tipu.. kitorang jual pun tak mahal mana.. 1plastik kecik = 2biji buah.. RM 1 = 4 paket plastik = 8 biji... tak de lagi kot yang jual cenggitu..

3rd desert yang we all jual kat tapak bazar tu adalah....


Elok je kan struktur dia? Puding Kastard Jagung..My favourite! tapi bukan saya yang masak.. hehehe..ini keje tangan Akmal Hayati. Lengkap segala rasa. Memang tak rugilah kalau nak cuba.

3 potong = RM1.00

murahkan??

4th desert : Puding "Lychee Blue Coral".. Based taste ye adalah lychee.. sweet.. Air tangan Hidayah Naqiah. berseni pula puding dia yang ini.. hehehe



Yang ini pun, kitorang jual tak mahal..

3 potong = RM1.00 gak

Yang ke-5 adalah... tadaaaaa.... Puding Agar-agar Susu.. Didatangkan khas oleh Aimie.. Nampak macam puding Nata D' coco.. tapi sebenarnya dalam puding tu ada agar-agar.. InsyaALLAH, akan datang kita wat Puding Nata de Coco pula...


Itulah 5 juadah yang sempat saya snap sebelum dibawa ke gerai kami di tapak bazar UTM. ada lagi 2 jenis.. Kuih sagu yang dimasak oleh ILI dan Popia Goreng by Eqen.. InsyaALLAH, next time saya update sume gambar2 tu..


And, lupa plak nak bagitahu.. 3 jenis puding ni, nak campur pun bleh.. contohnya nak setiap satu..so, belilah RM1.00..dapat serba satu.. Dah beli, anda rasa dan komen pada kami.. Berikan komen yang membina supaya kami boleh perbaiki mana yang tak betul..

Jumpa kami di Tapak Bazar UTM bermula
1 Ramadhan  sehingga 31 Ogos!! Semua ini, limited edition... Dibuat dalam jumlah yang terhad.. Hujung Minggu mungkin we all akan come out with special menu.. Don't missed it guys!!

nota di hati : Pengalaman ini memang sangat seronok... will miss it..

Thursday, August 12, 2010

Project Part I : Kerepeks


Assalamualaikum...
Hye Guys!! Bertemu di blog yang baru.. Blog tentang saya dan kawan-kawan.. Ok..actually entrie kali ini ada kaitan dengan perancangan we all untuk buat GOP (Global Outreach Program) ke Seoul,Korea.. Since perbelanjaan untuk dapat ke sana hampir RM3000 per person, so we need to find lots of money.. Manalah cukupkan duit scholars nak tampung ke sana.. Nak hidup dekat U lagi..

Ok.. Our 1st Project.. Saya namakan
Project Part I : Kerepek oh Kerepek!



Ahaks..kenapa? Sebab project kerepek ni, saya dan kawan-kawan dah run since semester lepas lagi.. We all run mana yang sempat jelah.. nak2 pula time tu dah close sangat dengan final exam. But, i'm happy.. at least tabung untuk ke Korea tu bertambah.. and this semester, we all still continue doing this project. Never missed it!


Inilah rupanya kerepek pelbagai rasa yang sampai ke bilik saya untuk proses repacking. Kerepek ni dijual dengan harga yang taklah mahal pun... affordable untuk dibeli oleh mahasiswa universiti..




Hahaha..ini jelah equipment yang we all guna untuk packing semua kerepek-kerepek tu.. Tradisional style huh? but we enjoy it.. Seronok weh packing mende alah ni.. especially bila buat dengan kengkawan sendiri.. Walaupun nampak cam old seasons, tak up to date pun, tapi yang penting, kerepek tak masuk angin dan kami ENJOY! (sambil buat gaya nora danish dalam iklan sunsilk).


Haa..itulah hasilnya selepas di "seal" kan menggunakan lilin. Penuh raga dengan kerepek. But for those yang nak datang ke bilik saya, jangan terkejut kalau tengok stok kerepek yang banyak tu..(Dah macam kilang kerepek pula rupanya..('o,'))

Kiraanya??

Ok..we all jual murah je..

50g = RM1.00
250g = RM4.00
500g = RM8.00

Dan, untuk yang 250g tu, ada promosi.. beli 3 paket 250g bayar RM10 je.. jimat RM2.. ini semua untuk kepuasan pelanggan kami.. ahaks..('o,')

Macam-macam perasa ada..Ada perasa jagung, kari, lada hitam dan pedas kering.. Untuk kawan-kawan di UTM, kalau rasa nak makan-makanan ringan tengah2 study tu, blehlah order kat we all.. Charge penghantaran tak dikenakan pun.. Jemput beli k..

nota di hati : Kepuasan anda jaminan kami.. Luv ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...