Friday, September 30, 2011

24 sePtember 2011

Bismillahirrahmanirrahim..



alhamdulillah
syukur
syukur
dan syukur
24 september 2011 
ditemukan kami semua classmate
dan
yang membahagiakan
kami officially
graduated from Universiti Teknologi Malaysia
as
engineer in the future
in
Bachelor of Engineering (Electric-Medical Electronic) 

heeeeeeeee..
ape lagiii..
jommm layannn gambo!











banyak lagi gamboo
heeee
tunggu rakan-rakan classmate upload kat belog ni ehhhh~
heeeee

Monday, September 12, 2011

Mengulit Kenangan....

"Assalamualaikum wbt. Nama saya Siti Nurhidayah Naqiah binti Abdull Rani, berasal dari Bukit Besi, Dungun, Terengganu.." senafas ayat itu keluar dari bibir ini, yang ku sertakan dengan senyum dan mata melata pada seisi kelas. Wajah mereka asing, cuma seorang yang pernah aku kenal. Wani, jiran sahabat baikku di KMNS. Tidak tersangka akan berjumpa dengan dia di UTM ini, sebagai rakan sekelas, juga jiran bilik di blok S19 juga. Waktu itu. "Ammm..." Jeda. Aku dalam giliran memperkenalkan diri kepada ahli kelas. Waktu itu. Ingatan termati disini..sebab....sudah 4 tahun berlalu..dan aku menulis tanpa rujukan diariku!! heeeee...(^_^)'>

Hai semua!!! Kepada pembaca sekalian, saya penulis baru di sini...heee...(baru menulis walopun dah dkt sbulan lebih sara jemput menulis di sini...aaaa...).

:::Welcome New and Returning Students::::

Itu ayat pencetus rasa untuk menulis. Bermulanya sesi baru pengajian, dan kami bukan lagi mahasiswi-mahasiswa...hanya adik-adik yang kembali..kawan-kawan sepermainan yang 4 tahun itu, ke sana sini sudah..huuu....semester sudah, bila sahaja hari pertama, riuh rendah kelas dengan cerita semasa cuti..ah..rindunya...awok-awok sume...rindu kan waktu itu..heee

Tipu la kalu kata tak rindu. Ana dan Sara tadi mengajuk-ajuk kembali adegan-adegan wajib hari pertama semester...
"Nak jadi adik-adik la Q, baru best.."sara cakap
"cepatlah hidayah naqiah, kol 11 nanti ada kelas plak.. Hahaha..."sara jugak yang merepek..
"ha'ahhhh cepat2 dah la jauh kat p16, lecturer garang pulak tu...nati belajor kat luar pulak kite...cepat! keh3" disambung dek ana yang sama-sama girang bila tengok adik-adik mula membanjiri fakulti...heheh

Apa sekalipun, masa itu setia. Bila melihat kisah 4 tahun itu, terasa seolah-olah baru semalam kenangan itu. Cuba tanya masa 4 tahun dulu...Aaaaaa...lambatnya nak abis blaja~~kan..kan...(^_^)

All the best kawan-kawan..jumpa lagi! Adios!!


p/s:blog peribadi saya di sana...lame bercuti..sengaja nk bagi bersawang..haha..nk pggil aimie dtg gotong royong bersihkan sawang kt blog, bleh?=p

Friday, September 9, 2011

Welcome.. Yokosou!!

Assalamualaikum..


Hai semua! Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Datang Ke UTM" kepada seluruh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia yang baru mendaftar masuk. Kalau 4 tahun yang lalu, kami mendaftar sebagai mahasiswa baru, kini hanya tinggal kurang dari sebulan, kami akan bergraduasi dan bergelar graduan.

Macam mana dengan kisah Minggu Pertama anda di Universiti? Ada yang kena buli ke? Tak pun..ada yang tersesat? Tersalah arah mana-mana? Seronok tak pengisian Minggu Transformasi Mahasiswa ni? Zaman kami dulu dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa atau singkatannya MHS. Seminggu dipimpin senior. Ke DSI, MSI dan juga singgah di Fakulti. Penutup kepada Minggu Haluan Siswa adalah Kejohanan Sukan MHS antara Kolej. Penuh warna warni di Padang UTM. 

Kenangan 4 tahun yang lalu sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke bumi UTM. Tak kenal pun rakan-rakan. Suasana sekeliling yang begitu asing. Sejak pagi lagi, kawasan S01 dipenuhi dengan ibubapa, keluarga dan mahasiswa yang datang mendaftar. Dan diantara ratusan mahasiswa yang mendaftar itu adalah kami. Kolej Tuanku Canselor menjadi tempat pertemuan. S19 menjadi titik perkenalan ukhuwah.

Buat mahasiswa yang baru mendaftar:
"Enjoy Yourself here. Enjoy does not mean you play around and forgetting your own goal. The reason why you come here should not leave behind. But, do enjoy your life here while reaching your own goals. Make a lot of friends. Sebab kawan ni sangat penting. 

Ada kalanya kita terlepas info-info penting, 
dan disinilah fungsinya kawan untuk saling mengingatkan. 
Ada kalanya kita rasa lemah untuk teruskan perjuangan di bumi asing ini.
Tapi kawan-kawan sentiasa di sisi untuk menguatkan semangat.. 
Ada kalanya, hidup terasa sunyi dek kejauhan dari keluarga.. 
Tapi, kawan-kawanlah yang akan menceriakan setiap detik dan hari -hari kita..
Kekuatan yang datang dari kawan-kawan yang sentiasa ada di sisilah yang akan menjadi penguat untuk kita meneruskan pengajian.
Dan kehadiran kawan-kawan inilah yang akan membantu kita menggapai kejayaan selain ilmu yang disampaikan pensyarah..

So, make a new friends..

Selamat menyesuaikan diri di sini. Selamat menuntut ilmu. Dan selamat menjalani kehidupan baru anda bergelar Mahasiswa. "

durian owh durian~

Bismillahirrahmanirrahim..




kenangan demi kenangan menggamit memori indah bersama
weeee~
selak-selak gambo kat hard disk, teringat kisah-kisah lucu pesta durian course SEP07/11
heee

JOm tengok gambo sikit-sikit ni!






sungguh rindu kembali ke fasa ini
semoga keindahan ini kian terasa
walau jauh dimata
dekat di hati!

Thursday, September 8, 2011

mengHitung Hari~ tiktoktiktok

Bismillahirrahmanirrahim..





Anime Yearbook: Graduation  by ~ kaliko-rosa


4 tahun kaki melangkah dengan harapan
4 tahun menjelajah dunia kota ilmuan dengan senyuman
4 tahun menyemai budi dan harapan
4 tahun bergerak senadi dengan tonggak maju ke depan
 akhirnya tiba waktu yang di nanti..

24 september 2011
kian dinanti dari sehari ke sehari




.

.
.
.
.



teeettt!
hehehehe
dah lame cek aimie tak mengarut di sini ye
salam sume
salam aidilfitri buat semua pembace!
heeee
semoga semua selamat hendaknya

kami?
insyaAllah kami sihat-sihat aje
sudah ada antara kami yang bekerja sebagai engineer alhamdulillah
sudah ada antara kami yang masih meneruskan pengajian ke peringkat yang tertinggi, sarjana, dan sarjana falsafah, alhamdulillah
sudah antara kami, ehem-ehem (tetibe kecilkan diri..heee) masih dok tanam anggoq juga..heee... cam saya ni..heee..alhamdulillah juga
kerana diberi kesempatan supaya bersabar dan bersabar mencari pekerjaan yang ditentukan untuk kami...mudah-mudahan ada untuk kami..

heee.

tapi the point is:

24 september 2011 ini
hari bahagia
hari untuk ibu dan ayah
hari pengurniaan hasil penat lelah kami
kerana

majLis konvokesyen UTM ke-47

bakal menyusuli tidak lama lagii!
weeeee...
alhamdulillah.... tak sabar nak ber-reunion kembali dengan sahabat classmate nih!
moge ada rezeki kami bertemu kembali ye =.<

readers, doakan kami ye!


Monday, August 15, 2011

Salam Perantauan

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan...
Dan..

Salam Perantauan(?)


Lokasi : Korea University, Seoul, Republic of Korea


Lokasi : Itaewon, Seoul, Korea


Lokasi : Itaewon, Seoul Korea

Daripada ::
Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan)
Universiti Teknologi Malaysia, UTM JB

Ucapan:
Ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah puasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menyambut Kedatangan Syawal yang mulia kepada
Kedua ibu bapa kami dan seluruh isi keluarga kami yang berada di seluruh pelosok Malaysia, Guru-guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, Pensyarah di Matrikulasi Seluruh Malaysia, Dr.-Dr., Profesors serta seluruh pensyarah UTM. Tidak lupa juga buat penaja-penaja kami iaitu JPA, PNB, Shell, Pa&Ma Corp, PTPTN serta seluruh isi bumi..

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri dari kami semua..


Teettt...
Hehehe..validkan salam perantauan ni? Tak diterbitkan di mana-mana halaman media massa. Dan tak juga melakukan sebarang penipuan. Kami graduan dari Malaysia bukan dari Universiti Toronto ke apa ke.. Tapi jauh dari ibu bapa dan keluarga..dikira perantauan juga kan? Hehehe...

Mungkin tidak berpisah ribuan batu dan tidak juga berbeza benua, tetapi langkah yang diatur tetap meletakkan kami sebagai anak perantau yang mencari ilmu di negeri orang. Jauh dari pandangan ibu ayah. Rindu yang bertamu tetap terasa. Kepada teman-teman yang menuntut di luar negara, Salam Perantauan buat kalian Semua..

~adios..

Thursday, August 4, 2011

Ingatan di Bulan Puasa

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat semua yang sudi baca dan singgah.. 

Tengah buat apa tu?? Urmm.. tak tahu macam mana nak jadikan tajuk itu menarik untuk dibaca.. Tapi, apa yang nak dikongsikan hari ini... warga Medictronic mesti ingat lagi kan?

Bila bulan puasa je, yang bertandang dalam ingatan kita mesti aktiviti mengumpul duit untuk ke Korea tahun lepas. Aik, kejap je kan masa berlalu. 

Dah setahun rupanya selepas Ramadhan yang lepas. Syukur masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan dalam jumlah yang masih sama. Semoga kita diberi juga peluang untuk menikmati Ramadhan sehingga ke penghujungnya..

Suka buka cerita panjang-panjang kan? Haaa..nak bukti yang dak Medictronic ni masih lagi terikat dengan ingatan bulan puasa tu? Jom usha kat bawah ni...


Tengoklah status salah seorang ahli yang disokong oleh ahli-ahli lain tu. Walaupun masing-masing dah bertebaran di seluruh Asia Tenggara ni, tapi ingatan tetap bersatu lagi.. Masing-masing macam nak masuk mood memory lane.. Hehehe...

Ramadhan tahun lepas, dek kerana nak mencari duit untuk ke korea, macam-macam aktiviti yang kita buat.. Ingat lagi tak? Dari mengemas rumah lecturer, masak kuih-muih untuk dijual di bazaar, bergilir-gilir menjaga gerai di bazaar, Jual kerepek, Jual kuih raya, dan tak ketinggalan juga jual kek Lapis. Segala bagai peluang meniaga yang datang, semua kita nak buat. Janji duit masuk.. Betul tak? 

Apa-apa pun, yang penting "Hendak Seribu daya, tak nak seribu helah". Dan bagi saya, meski pun banyak insiden yang berlaku..hatta pahit, manis, payau tapi kenangan ni tetap terpahat dalam ingatan setiap kali menjelang Ramadhan. Rindu rasa nak buat semua tu bersama-sama.. Betul tak kawan-kawan??

Pesanan ringkas kepada adik-adik junior yang bakal pergi GOP macam kitorang tahun lepas:

"Bukan senang nak kaya. Dan bukan susah untuk susah. Tapi selagi ada usaha dan kerjasama, yang susah akan jadi senang. Yang rumit akan jadi mudah. Jangan mengharapkan duit datang bergolek pada kita, tapi bergoleklah ke arah duit itu.. Sebabnya, setiap saat yang kita lalui untuk bergolek ke arah duit itu akan mencipta 1001 memori yang akan kita ingat sampai bila-bila.. Tak lengkap kehidupan kalau tak ada perencah manis, masam, payau dan semuanya itu.. Salam Ramadhan.."



Monday, August 1, 2011

1 ramadhan

Bismillahirrahmanirrahimm..


waaaa~
1 ramadhan dah...aku harap kome sume sahor la ye walau kat mane berada
dan teruskan bersahor!
heeee
jangan nakai2
camat Pose!

Sahur by ~ *Double-G



Friday, July 29, 2011

waaaa~ ingat kah koMe?

Bismillahirrahmanirrahim..

~weeee
komeee
ramadhan lepas kite bertungkus lumus~
huuu
x pe2!
aku sudiii remindkan kome!~ weee




waaaa~
sebab Ramadhan, kite dapat g korea kan?
weeee
rindu nak buat kueh lagi!
huuuuu....



| Lawatan Industri | 5.05.2009 |


Mei 2009. Masa ni Tahun 2 sem 2 kalau tak silap. Waktu ni cuti semester panjang. 
Senior-senior tengah buat praktikal.
Lebih tepat lagi, selepas habis peperiksaan semester.
Lawatan Industri ni diadakan dan diperkenalkan oleh senior-senior course. Disebabkan rasa tertarik lagi menarik, kitorang comeout dengan ajk sendiri dan rancang Lawatan Industri ini..

Kali ni, lawatan hanya tertumpu di Hospital sekitar Kuala Lumpur sahaja. Antara Hospital yang menjadi persinggahan kami adalah : 
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Prince COurt Medical Center
Radicare Office

Kenapa melawat Hospital? Sebenarnya nak melawat Department of Biomedical Engineering dekat hospital tu. Iyolah, part itu yang related dengan course yang kami semua ambil. Pentingnya lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kami semua keadaan atau suasana tempat kerja yang bakal kami tempuhi pada masa akan datang. Contohnya, selepas grad ini.

At least dapatlah rough idea apa sebenarnya skop kerja dalam bidang ni.


Pelbagai alat dan intrumentasi yang ditunjukkan kepada kami. Malah, kami juga berpeluang untuk memasuki ruangan bilik bedah. Melihat sendiri peralatan yang digunakan di dalam hospital. Safety and precaution of the equipments. and everything needed..
Bila masuk hospital, biasalah. Jumpa ramai Doktor perubatan. Nama pun hospital beb..

Dah alang-alang ke KL, sempat jugalah kitorang menyinggah ke KLCC. Some of us pergi menikmati panorama air di dalam Aquaria KLCC. Sempat jugalah kitorang singgah dekat Mines.

And yang paling seronok, malam last dekat KL kitorang buat BBQ and enjoy the day together. Seronok2x.. Bila diingat2x kembali, memang best.

Wednesday, July 27, 2011

| Dinner Faculty | 13.04.2011


Dinner Faculty on 13th April 2011
Dalam bahasa melayunya Makan Malam beradab atau beretika.
Bergambar bersama dekan fakulti dan Pensyarah. Baki selebihnya,
mahasiswa SEP..

Menu malam tu sangatlah tak boleh saya nak ingat. Tapi, sedap. Elok je waiter tu letak, terus terkam. Lupa seketika tentang adab dan etika yang diajar..
Wee...this nite was a memorable night..
First time kot nak tengok bebudak laki course ni pakai smart dan bergaya sebegitu rupa..

(^o,^)

cepaT la BuLan 9

Bismillahirrahmanirrahim..


heee~ wahh
x sangka..ramai gak follow SEpian ni eyh..kikkiki
sila berkunjung ke grup kami ni..
hehehe
cakap pasal SEPian ni..~
x lame lagi nak pose
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK!
untuk semua warga SEP 2007/2011
dan juge warga2 blogger yang mai singgah ke Meditronic ini!
moge RAmadhan 2011 ini lebih bermakna dari tahun2 sebelomnye eyh!
so..
buLan RAmadhan dlaam bulan Ogos
pas tu Raye
pas tu

.
.
.
.
 heee..x sabaq nak tunggu yang ni lagi!
heeee..

CONVOCATION DAy!
heee
dah kuo dalam tenet, laman web rasmI UTM,
FAKulti KejuruteRAan Elektrik nye graduasi pada, 24 September 2011, SEsi petang ye harap maklum kome2!
so..mai la..memriahkan konvokesyen kami..
heee..
insyaAllah~




heeee...bile tengok nih, teringat kome sume cam bodak kocik jek..padahal dah kua U pon..kikiki
rinduuuuuu kome!!
T____T


Monday, July 11, 2011

yay!

Bismillahirrahmanirrahim..


heeee, tengah nak amik mood ni nak cite ape kat SEP..kikiki..tanx sara! sebab membuat kn saye boleh potpotpet kat sini jap..heee~ sementara nak cari idea nak tulih pape, nak kongsi sikit doa la, untuk yang muslim, yang bole diamalkan sehaian eyh! :


Doa memohon akhlak yang terbaik dan rezeki yang berkat :




heeee, semoga, sahabat-sahabat Ku di SEPiaaaan sekalian selalu dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan walau dimana berada eyh!

Friend Foreva!


>____<


Sunday, July 10, 2011

Apa cer..

Testing2.. Nak lalu... hehe..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat2 "Medictronic's"
Korang semua "apa cer" sekarang?

hehe..

setelah diberi kepercayaan oleh owner iaitu Cik Sara kita yang memilih saya sebagai salah seorang author.. ^__^ 

meh nak kongsi satu cerita yang bertajuk

"apa cer" 

Tempat: Dewan Alumni 
Acara: JACTIM 
Tarikh: 25 Februari 2011

Yang terlibat: semua yang berada di dalam gambar.. kih3.. =P
di surat khabar Sinar Harian 



Ha... Percaya tak?? 
haha.. walaupun apa yang ditulis oleh 'reporter' tak sama dengan apa yang kami bagitahu..
disebabkan surat khabar terlalu besar nak scan semua, yang penting korang enjoy~~~
^__^

Saturday, July 9, 2011

Digital Album

Koleksi gambar SEP 2007/2011..
Macam ada yang tak cukup.. Tapi tak tahu nak cari mana lagi.. Ini pun kira banyak juga.. Sayangnya, semuanya softcopy.. Album gambar yang hardcopy tak ada.. Banyak kisah dan cerita yang terlakar..
Sweet memory ever..


Makan #1 - Night @ Persada

Assalamualaikum...

Sahaja nak imbas memori lama. Selongkar Hardisk. Sekali tengok event ni dapat tempat pertama dalam album digital saya. Jadi, saya andaikan ia merupakan program pertama saya dan rakan-rakan satu course. Walaupun bukan semua yang terlibat, tapi ianya tetap menjadi memori.
 Malam Paduan Kecemerlangan 2008. Diadakan pada 1hb Mac 2008. Semester kedua Tahun Pertama pengajian. Berkonsepkan Majlis Makan Malam yang di adakan di PERSADA, Johor Bahru. Dewan dia cantik. Tapi lagi cantik Dewan dekat PICC.. Heehehe..Ok, bukan nak membanding-bandingkan..


Wajah-wajah gembira? Malam untuk dihargai? Tapi saya lebih suka menganggapnya sebagai Dinner Fakulti. Aha.. Walaupun bukan kesemuanya terlibat dan secara rasminya bukan Dinner Fakulti tetapi nak menganggap lebih-lebih pun susah juga.. Yang penting dapat makan best. Itu lagi penting kan? Hahaha..
 

Night at PERSADA
Mac 2008
Universiti Teknologi Malaysia~

Monday, June 27, 2011

You're a Biomedical Engineer When...

Entrie kali ni saya ambil dari group ALUMNI UTM BIOMEDICAL ENGINEERING AND MEDICAL ELECTRONIC which is our member is part of the group member. Lecturer yang post kan benda ni pernah mengajar kami-kami semua. Look interesting.. So, i want to share it with everyone... Since our course selalu digandingkan dan disamakan dengan Course Biomedical Engineering so, we can be part of biomedical engineering as well.. 

Anda seorang biomedical engineer..

You Know You're a Biomedical Engineer When…:

* Patients can't live without us, Doctors as well

* Doctors run In hospitals, We Run hospitals!

* We "suck" your blood, well that's only to Test you

* A Mechanical Engineer studies motion, A Biomed cares for a Safe motion

* A Civil Engineer links columns, a Biomed links bones

* An Electrical Engineer design regulators, A Biomed design pacemakers: the regulators of your heart beats

* A Computer Engineer process Digital computer signals, a Biomed decipher the brain complex bio-signals

* A Telecommunications Engineer develop telephony systems ("Connecting People"), a Biomedical Engineer develop telesurgery systems that prevent Doctors, in high precision surgeries, from "Collecting People"!

* A Chemical Engineer drills to take fuel out and circulate it in polluting machineries, A Biomed pierces to take out tumors and keep your blood circulating in a healthier body

* A Nuclear Engineer can explode a whole city and waste healthy people's life, a Biomed can explode the tiny stone and make suffering patients enjoy their life

* An Agricultural Engineer design water irrigation systems to the soil, a Biomed design fluid irrigation systems in your tissue

* An Architect design buildings and statues, a Biomed design Bio-Robots

* You studied Human Physiology, and enjoyed it to the Max :D

* It's hard to get rid of us, We live inside you, through Biomaterials

* While We capture a Medical Image for you, you don't have to "Say Cheese" because X-Rays show all your teeth and more :P

* With X-Rays, We can "take out" your bones and you still alive!

* With MRI, We control your Resonance!

* With Ultrasound, We can know whether your baby who's kicking hard in his mother's womb is a future football player, or a pretty girl who will kick the arse of guys (Biomed not included)

Summary: We know Body Language!

Sunday, June 26, 2011

4 Tahun

4 tahun. Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik -Elektronik Perubatan). Graduan Lulusan Universiti Teknologi Malaysia. Singkatannya SEP. Urmm..bukan bulan September ok! =) By the way, entrie kali ni saya nak kongsikan keseluruhan subjek atau courses yang saya dan rakan sekursus ambil selama 4 tahun bergelar mahasiswa. Lagipula, after raya ni intake baru akan masukkan? Walaupun intake akan datang, tiada lagi kemasukan junior untuk jurusan ini, tetapi saya tetap ingin berkongsi. Mungkin boleh memberi manfaat buat adik-adik yang bakal meneruskan pengajian dalam jurusan yang sama ini..

Semester 1 Tahun 1
Teknik Pengaturcaraan C
Asas Kejuruteraan Elektrik
Bengkel Kejuruteraan Elektrik
Kalkulus
Inggeris Untuk Komunikasi Akademik
Hubungan Etnik

Semester 2 Tahun 1
Teori Litar
Instrumentasi dan Pengukuran Elektrik
Elektronik Digit
Persamaan Terbitan
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Ko-Q
Semester 1 Tahun 2
Isyarat Dan Rangkaian
Peranti Elektronik
Kawalan : Pemodelan dan Simulasi
Makmal Tahun 2
Matematik Kejuruteraan
Inggeris Lanjutan untuk Komunikasi Berkesan

Semester 2 Tahun 2
Teknologi Elektrik
Litar Elektronik
Teori Medan Elektromagnet
Sains Kejuruteraan
Kaedah Berangka
Islam Dan Isu-Isu semasa
Ko-Q

Semester 1 Tahun 3
Mikropemproses
Sistem Elektronik
Prinsip Perhubungan
Makmal Umum Tahun 3
Pemprosesan Isyarat Digit 1
Statistik Kejuruteraan

Semester 2 Tahun 3
Makmal Khusus Tahun 3
Fisiologi dan Pengenalan kepada Perubatan
Kejuruteraan Klinikal
Instrumentasi dan Pengukuran dalam Perubatan
Reading For Spesific Purpose

Semester 3 Tahun 3
Latihan Praktikal

Semester 1 Tahun 4
Amalan Profesional Kejuruteraan
Sistem Komputer Dan Multimedia
Pemodelan Biosistem
Makmal Tahun 4
Ekonomi Kejuruteraan
Projek Bahagian 1

Semester 2 tahun 4
Transducer Dan Aplikasi
Tomographi Perubatan / Intelligent Artificial
Pemprosesan Imej Bioperubatan
Projek Bahagian 2
Pengurusan Kejuruteraan

Ada subjek yang elektif. Maksudnya boleh pilih nak subjek apa. Dan selebihnya subjek wajib. Ataupun teras. Susah atau senang nak skor itu bukan persoalan pokok. Terserah kepada diri sendiri. Kalau pandai mencari ilmu, Lautan Dalam pun boleh diselam dengan jayanya. Pokok Pangkal diri sendiri. Kepada rakan-rakan sekursus, TAHNIAH kerana berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun ini dengan jayanya. Lepas ni kena revise balik subjek2x teras untuk persedian di temuduga..=)

Monday, June 6, 2011

Selamat Pengantin Baru

SELAMAT PENGANTIN BARU buat

Pn. Noraishikin Binti Zulkarnain 
dan
Suami, En. Faisal Al-Jauzari (nama di facebook beliau)


Tarikh 3 Jun pastinya menjadi tarikh keramat buat kedua insan ini apabila telah selamat diijabkabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Ini merupakan perkahwinan kedua di dalam ahli keluarga SEP 07/11. 4 Jun 2011, satu majlis resepsi pihak perempuan telah diadakan. Dan bakal menyusul adalah majlis sambut menantu yang akan di adakan di Kelantan pada 11 Jun ini..

Buat sahabat kami, Noraishikin Zulkarnain atau lebih popular dengan panggilan Eqyn di kalangan rakan-rakan...

"Selamat Pengantin Baru. Jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang isteri dan anak yang solehah. Semoga pernikahan ini kekal sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Perkahwinan juga merupakan salah satu medium untuk memperoleh limpahan pahala (seperti yang pernah dibincangkan dalam halaqah..).. Semoga bertemu dengan ruang pahala dan nikmat berumah tangga yang dijanjikan ALLAH.. Jika dialah ADAM yang dijanjikan ALLAH untukmu, berbahagialah.. Jadilah ketua bidadari buat suamimu di syurga kelak..."

Wallahualam...Sekian. 


Ihsan gambar :- Facebook Majidah

Tuesday, May 10, 2011

Farewell Banquet 4 SEP 2011

" Disini kita pernah bertemu..
Mencari warna seindah pelangi..
Ketika kau menghulur tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru.."

Isnin. 9 Mei 2011.12 suku tengah hari. Farewell Party at Medical Electronic Laboratory. The one and beloved lab that we ever have. Lab yang dijejakki sejak di tahun satu sehinggalah mampu bermastautin selama 3 bulan menyiapkan projek akhir. Alhamdulillah..dalam masa yang singkat dan sibuk berperang dengan kertas terakhir, kami mampu jua melaksanakan jamuan perpisahan ini. Siapa sangkakan? Akhirnya berpisah jua..


"Kenangan bersamamu..
Takkan ku lupa walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa.."

Jamuan perpisahan ni kami adakan sebagai tanda penghargaan dari kami buat semua pensyarah yang dah pernah mencurahkan ilmu dan kasih sayang buat kitorang selama hampir 4 tahun bergelar mahasiswa di bumi UTM ni. Alhamdulillah, jamuan perpisahan ni mendapat sambutan yang sangat baik dari pensyarah-pensyarah. Gembira dapat menghabiskan minggu terakhir akademik bersama mereka. Tapi, jauh di sudut hati, tetap rasa sedih kerana bakal berpisah..


"Mengapa kita ditemukan..
Dan akhirnya..
Kita dipisahkan..
Mungkinkah menguji kesabaran,
Kejujuran dan kesetiaan..
Tuhan berilah aku kekuatan.."

"Dengarkanlah..
Dendangan lagu tanda ingatanku...
Kepadamu teman..
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu..."

Antara tetamu yang diundang adalah Penasihat akademik 4 SEP, walaupun mereka tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Turut diundang adalah pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar kami ketika tahun 1 sehinggalah ke semester terakhir. Juga pensyarah-pensyarah yang menjadi penasihat projek sarjana Muda bagi kesemua warga 4 SEP. Antaranya Ir. Dr. Shahrul Kamal, Cik Zaniah, Encik Lukman, Dr.Eko, Encik Ismali, Puan Ismawati, Encik Kamal Khalil, Encik Abdul Rahim, Miss Mitra, Dr.Fauzan, Prof Jasmy, Dr.Nasrul dan Dr.Rubita. 


Menurut kata Dr.Nasrul, farewell banquet yang kami anjurkan ini adalah julung-julung kalinya diadakan. Alhamdulillah. Ada sesuatu yang kami sediakan buat mereka sebagai sebuah ingatan..

Buat semua pensyarah:
"Terima Kasih. Arigatou. Thank You. Ilmu. Perhatian. Kasih Sayang. Didikan. Nasihat. Semua ini mungkin tak terbalas hanya dengan ucapan terima kasih. Namun, kalian semua akan sentiasa hadir dalam doa kami. Semoga kenangan kita bersama tak akan padam.."

Bunga Anggerik tumbuh melata,
Indahnya membawa ke alam maya,
Walau diberi limpahan harta,
Takkan termampu ku balas segalanya..

Bunga Kemboja letaknya tinggi,
Harum baunya semerbak mewangi,
Buat pensyarah yang kami sayangi,
Pengorbanan kalian kami sanjung tinggi..

Bunga Seroja di hujung dunia,
Mekar sentiasa sepanjang hayat,
Persahabatan kau, aku dan dia,
Semoga berkekalan ke akhir hayat..

~sayonara~

p/s : tak de gambar ramai-ramai lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...