Saturday, July 9, 2011

Makan #1 - Night @ Persada

Assalamualaikum...

Sahaja nak imbas memori lama. Selongkar Hardisk. Sekali tengok event ni dapat tempat pertama dalam album digital saya. Jadi, saya andaikan ia merupakan program pertama saya dan rakan-rakan satu course. Walaupun bukan semua yang terlibat, tapi ianya tetap menjadi memori.
 Malam Paduan Kecemerlangan 2008. Diadakan pada 1hb Mac 2008. Semester kedua Tahun Pertama pengajian. Berkonsepkan Majlis Makan Malam yang di adakan di PERSADA, Johor Bahru. Dewan dia cantik. Tapi lagi cantik Dewan dekat PICC.. Heehehe..Ok, bukan nak membanding-bandingkan..


Wajah-wajah gembira? Malam untuk dihargai? Tapi saya lebih suka menganggapnya sebagai Dinner Fakulti. Aha.. Walaupun bukan kesemuanya terlibat dan secara rasminya bukan Dinner Fakulti tetapi nak menganggap lebih-lebih pun susah juga.. Yang penting dapat makan best. Itu lagi penting kan? Hahaha..
 

Night at PERSADA
Mac 2008
Universiti Teknologi Malaysia~

1 comment:

Tea Dno said...

jeles tgk bebudak UTM. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...