Inilah keluarga SEP Batch 2007/2011. Selepas selesai Presentation dan Demo projek Transducer, kami beraktiviti lagi. Kali ini pergi ke Steamboat pula. Aktiviti macam ni pernah buat dah sebelum ni.. Tapi disebabkan masa tu saya tak join.. Jadi tak de gambar. Dan saya pun tak tahu apa yang berlaku.. Tapi kali ni saya join.. Dan saya tahu.. Jadi bolehlah saya kongsi-kongsikan..=)
Usai solat maghrib, kami bergerak keluar dari UTM menuju ke Mutiara Rini. Lokasi aktiviti kami malam itu. Berkonvoi dengan 7 buah kereta. Hampir kesemua keluarga SEP 07/11 turut serta dalam aktiviti kali ini kecuali Udi dan Kimi. Seingat saya ini antara aktiviti yang mendapat sambutan tinggi selepas ke Korea tempoh hari.
Steamboat ni milik bumiputera. Terjamin halalnya. Tapi kurang pilihan untuk makanan laut. Tapi itu semua bukan halangan untuk kami bergumbira. Harga untuk steamboat di sini standard seperti di tempat-tempat lain. Harga untuk dewasa adalah RM18.00 seorang. Makan sampai lebam.. Tak perlu beretika.. Untuk makan beretika, nanti ada entri khas..=)
Steamboat |
Keluarga SEP 07/11 |
Gambar mampu menceritakan 1001 kisah disebaliknya. Jadi, walaupun saya tak mengarang ayat yang panjang untuk menceritakan kembali kisah satu malam itu, saya jamin jauh di sudut memori kamu semua masih tersimpan sebuah kenangan..
**wink..