Saturday, April 20, 2013

Episod 1 : 4950.6 km

Yesza!
4950.6 km untuk perjalanan sehala.
Dari UTM Skudai -> LCCT -> Incheon Airport,South Korea


3-4 jam dari Skudai ke LCCT..
Dan 7 jam penerbangan dari LCCT menuju ke Incheon Airport..
Melepasi Laut China Selatan.
Merentas garisan masa dengan perbezaan +0100..
Hanya untuk mencipta sebahagian lagi kenangan indah bersama..
Dan tak keterlaluan rasanya untuk berkongsi rasa di sini..

 

nota kaki: Ceit! Comel ja gambaq ni rupanya. Kena cari masa dan mood lagi untu edit semula semuanya.. Bagi besaq sket. Barulah pixel tak pecah! Huhuhu..

 

Kimchi + hanbok in the house..
Kalau kamu peminat tegar drama-drama KOREA, pasti kamu sangat-sangat familiar dengan KIMCHI dan HANBOK.
Kerana dua perkara ini melengkapkan KOREA SELATAN.

 

Kimchi by Malaysian Team!

 

Oh ye!
Kami pergi masa bulan Disember.
Dah lama dah..
Tahun 2011..
Disember kan musim sejuk..
Jadi, dapatlah ambil feeling winter sonata gitu..


Huh! Jap! Tetiba rasa tak puas hati dengan kekecilan gambar-gambar ni semua. Rasanya macam dah edit guna saiz besaq. Huh!


Saya pernah terbaca. Tak ingat dekat mana. Lebih kurang begini bunyinya:
"Bukan di mana kita berada, tapi dengan siapa kita ke sana.."


Sangat benar!
Pengalaman dan memori akan berbeza..
Bergantung pada "dengan siapa kita ke sana"..



Wahhhhhh... Jujur! Saya tak puas hati dengan saiz gambar ni..
Eh, tapi bukan kau ke yang edit Cik Sara?
Ok..


Berjalan ke tempat orang, terutamanya ke luar dari bumi Malaysia merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga..
Bukan berapa banyak nilai wang ringgit yang kamu bawa ke sana, Tapi berapa banyak nilai kenangan yang kamu cipta sepanjang berada di sana..


Dan juga...
Bagaimana kamu menghargai mereka yang berada di sekeliling kamu...


Juga...
Bagaimana kamu menilai sebuah persahabatan...


Ini sebuah kisah realiti..
Yang tak lari daripada lelahnya berteman...
Lancangnya lidah bersuara..
Retaknya persahabatan..
Pincangnya pergaulan..


Sehinggalah suatu masa..
Masing-masing mulai rasa kehilangan...
Wujudnya rasa kerinduan..
Meronta-ronta ingin kembali ke masa lalu..


Kerana..
Ketika detik dan saat itu..
Baru terasa nikmatnya persahabatan yang ada..
Terasa bahagianya memori yang tercipta..
Terasa harmoninya persefahaman yang terjalin..


Ini bukan kisah fantasi yang awal dan penghujungnya sentiasa bahagia..
Ini kisah realiti yang ada pasang surutnya..


Masa tak mungkin dapat diputarkan..
Kenangan tak mungkin dapat diulang perilakunya...


Tapi...
Kenangan inilah yang akan tersemat rapi dalam ingatan..
Tersisip kemas dalam sanubari..


Sebahagian daripada kenangan yang menguatkan persahabatan yang terbina..


Ukhuwah Fillah Abadan Abada..


Eh! Banyak gambar sendiri rupanya!
Eheh...
Tak pe.. Lain kali saya edit supaya lebih seimbang..


Buat semua SEP-ian..
Wishing you all the best..
Semoga berjaya dalam apa jua kerjaya yang sedang anda lakukan..
Semoga bahagia dengan kehidupan masa kini..
Semoga lebih baik dari sebelumnya..








 "Timba air dari perigi..
Sampai ketemu lagi"

Kalau ada jarum yang patah..
Jangan disimpan di dalam peti..
Kalau ada silap dan salah..
Harap jangan disimpan di dalam hati..

 

 
 
 
 

Selamat Pengantin Baru~

Assalamualaikum....

"Burung serindit terbang rendah,
 Untuk mendapatkan bijih buah,
Bukan niat nak buat tak endah,
Sebaliknya kata-kata yang tak terluah."

Kali terakhir publish : 11 December 2012.
Hari ini : 20 April 2013

Banyak peristiwa menarik yang sudah pun berlaku. 

Dua orang lagi rakan kami sudah pun melangkah ke alam perkahwinan. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan ucapan selamat.
Semoga bahtera yang dibina kekal sampai ke syurga.

Pertama-tamanya Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Puan Wana dan suami.


Fiu~ Gambaq Fresh dari ladang. Langsung tak edit dah. Terima kasih pada jurugambar.. (^_^)
Majlis ni dekat Melaka, Bandaraya bersejarah yang mendapat pengiktirafan Unesco. (eh! Tetiba~)

Dan tak lama kemudian, our big boss pun ikut jejak langkah menamatkan zaman solo beliau..

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Encik Wan Aizat dan isteri.

 

Majlis ni diadakan di Dewan Banquet, UIA Gombak.

And....

errrr... am i miss anyone else??

Anyway, Congratulation buddies!

"Kayuh basikal ke Kota Bharu,
Singgah di medan mencari raga,
Eh kamu! Selamat Pengantin Baru,
Semoga Bahagia sampai ke Syurga."

 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...