Sunday, June 26, 2011

4 Tahun

4 tahun. Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik -Elektronik Perubatan). Graduan Lulusan Universiti Teknologi Malaysia. Singkatannya SEP. Urmm..bukan bulan September ok! =) By the way, entrie kali ni saya nak kongsikan keseluruhan subjek atau courses yang saya dan rakan sekursus ambil selama 4 tahun bergelar mahasiswa. Lagipula, after raya ni intake baru akan masukkan? Walaupun intake akan datang, tiada lagi kemasukan junior untuk jurusan ini, tetapi saya tetap ingin berkongsi. Mungkin boleh memberi manfaat buat adik-adik yang bakal meneruskan pengajian dalam jurusan yang sama ini..

Semester 1 Tahun 1
Teknik Pengaturcaraan C
Asas Kejuruteraan Elektrik
Bengkel Kejuruteraan Elektrik
Kalkulus
Inggeris Untuk Komunikasi Akademik
Hubungan Etnik

Semester 2 Tahun 1
Teori Litar
Instrumentasi dan Pengukuran Elektrik
Elektronik Digit
Persamaan Terbitan
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
Ko-Q
Semester 1 Tahun 2
Isyarat Dan Rangkaian
Peranti Elektronik
Kawalan : Pemodelan dan Simulasi
Makmal Tahun 2
Matematik Kejuruteraan
Inggeris Lanjutan untuk Komunikasi Berkesan

Semester 2 Tahun 2
Teknologi Elektrik
Litar Elektronik
Teori Medan Elektromagnet
Sains Kejuruteraan
Kaedah Berangka
Islam Dan Isu-Isu semasa
Ko-Q

Semester 1 Tahun 3
Mikropemproses
Sistem Elektronik
Prinsip Perhubungan
Makmal Umum Tahun 3
Pemprosesan Isyarat Digit 1
Statistik Kejuruteraan

Semester 2 Tahun 3
Makmal Khusus Tahun 3
Fisiologi dan Pengenalan kepada Perubatan
Kejuruteraan Klinikal
Instrumentasi dan Pengukuran dalam Perubatan
Reading For Spesific Purpose

Semester 3 Tahun 3
Latihan Praktikal

Semester 1 Tahun 4
Amalan Profesional Kejuruteraan
Sistem Komputer Dan Multimedia
Pemodelan Biosistem
Makmal Tahun 4
Ekonomi Kejuruteraan
Projek Bahagian 1

Semester 2 tahun 4
Transducer Dan Aplikasi
Tomographi Perubatan / Intelligent Artificial
Pemprosesan Imej Bioperubatan
Projek Bahagian 2
Pengurusan Kejuruteraan

Ada subjek yang elektif. Maksudnya boleh pilih nak subjek apa. Dan selebihnya subjek wajib. Ataupun teras. Susah atau senang nak skor itu bukan persoalan pokok. Terserah kepada diri sendiri. Kalau pandai mencari ilmu, Lautan Dalam pun boleh diselam dengan jayanya. Pokok Pangkal diri sendiri. Kepada rakan-rakan sekursus, TAHNIAH kerana berjaya menamatkan pengajian selama 4 tahun ini dengan jayanya. Lepas ni kena revise balik subjek2x teras untuk persedian di temuduga..=)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...