Showing posts with label ~Korea~. Show all posts
Showing posts with label ~Korea~. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

Episod 1 : 4950.6 km

Yesza!
4950.6 km untuk perjalanan sehala.
Dari UTM Skudai -> LCCT -> Incheon Airport,South Korea


3-4 jam dari Skudai ke LCCT..
Dan 7 jam penerbangan dari LCCT menuju ke Incheon Airport..
Melepasi Laut China Selatan.
Merentas garisan masa dengan perbezaan +0100..
Hanya untuk mencipta sebahagian lagi kenangan indah bersama..
Dan tak keterlaluan rasanya untuk berkongsi rasa di sini..

 

nota kaki: Ceit! Comel ja gambaq ni rupanya. Kena cari masa dan mood lagi untu edit semula semuanya.. Bagi besaq sket. Barulah pixel tak pecah! Huhuhu..

 

Kimchi + hanbok in the house..
Kalau kamu peminat tegar drama-drama KOREA, pasti kamu sangat-sangat familiar dengan KIMCHI dan HANBOK.
Kerana dua perkara ini melengkapkan KOREA SELATAN.

 

Kimchi by Malaysian Team!

 

Oh ye!
Kami pergi masa bulan Disember.
Dah lama dah..
Tahun 2011..
Disember kan musim sejuk..
Jadi, dapatlah ambil feeling winter sonata gitu..


Huh! Jap! Tetiba rasa tak puas hati dengan kekecilan gambar-gambar ni semua. Rasanya macam dah edit guna saiz besaq. Huh!


Saya pernah terbaca. Tak ingat dekat mana. Lebih kurang begini bunyinya:
"Bukan di mana kita berada, tapi dengan siapa kita ke sana.."


Sangat benar!
Pengalaman dan memori akan berbeza..
Bergantung pada "dengan siapa kita ke sana"..



Wahhhhhh... Jujur! Saya tak puas hati dengan saiz gambar ni..
Eh, tapi bukan kau ke yang edit Cik Sara?
Ok..


Berjalan ke tempat orang, terutamanya ke luar dari bumi Malaysia merupakan sebuah pengalaman yang sangat berharga..
Bukan berapa banyak nilai wang ringgit yang kamu bawa ke sana, Tapi berapa banyak nilai kenangan yang kamu cipta sepanjang berada di sana..


Dan juga...
Bagaimana kamu menghargai mereka yang berada di sekeliling kamu...


Juga...
Bagaimana kamu menilai sebuah persahabatan...


Ini sebuah kisah realiti..
Yang tak lari daripada lelahnya berteman...
Lancangnya lidah bersuara..
Retaknya persahabatan..
Pincangnya pergaulan..


Sehinggalah suatu masa..
Masing-masing mulai rasa kehilangan...
Wujudnya rasa kerinduan..
Meronta-ronta ingin kembali ke masa lalu..


Kerana..
Ketika detik dan saat itu..
Baru terasa nikmatnya persahabatan yang ada..
Terasa bahagianya memori yang tercipta..
Terasa harmoninya persefahaman yang terjalin..


Ini bukan kisah fantasi yang awal dan penghujungnya sentiasa bahagia..
Ini kisah realiti yang ada pasang surutnya..


Masa tak mungkin dapat diputarkan..
Kenangan tak mungkin dapat diulang perilakunya...


Tapi...
Kenangan inilah yang akan tersemat rapi dalam ingatan..
Tersisip kemas dalam sanubari..


Sebahagian daripada kenangan yang menguatkan persahabatan yang terbina..


Ukhuwah Fillah Abadan Abada..


Eh! Banyak gambar sendiri rupanya!
Eheh...
Tak pe.. Lain kali saya edit supaya lebih seimbang..


Buat semua SEP-ian..
Wishing you all the best..
Semoga berjaya dalam apa jua kerjaya yang sedang anda lakukan..
Semoga bahagia dengan kehidupan masa kini..
Semoga lebih baik dari sebelumnya..








 "Timba air dari perigi..
Sampai ketemu lagi"

Kalau ada jarum yang patah..
Jangan disimpan di dalam peti..
Kalau ada silap dan salah..
Harap jangan disimpan di dalam hati..

 

 
 
 
 

Monday, August 15, 2011

Salam Perantauan

Assalamualaikum..
Salam Ramadhan...
Dan..

Salam Perantauan(?)


Lokasi : Korea University, Seoul, Republic of Korea


Lokasi : Itaewon, Seoul, Korea


Lokasi : Itaewon, Seoul Korea

Daripada ::
Graduan Sarjana Muda Kejuruteraan (Elektrik-Elektronik Perubatan)
Universiti Teknologi Malaysia, UTM JB

Ucapan:
Ingin mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah puasa di Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menyambut Kedatangan Syawal yang mulia kepada
Kedua ibu bapa kami dan seluruh isi keluarga kami yang berada di seluruh pelosok Malaysia, Guru-guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, Pensyarah di Matrikulasi Seluruh Malaysia, Dr.-Dr., Profesors serta seluruh pensyarah UTM. Tidak lupa juga buat penaja-penaja kami iaitu JPA, PNB, Shell, Pa&Ma Corp, PTPTN serta seluruh isi bumi..

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri dari kami semua..


Teettt...
Hehehe..validkan salam perantauan ni? Tak diterbitkan di mana-mana halaman media massa. Dan tak juga melakukan sebarang penipuan. Kami graduan dari Malaysia bukan dari Universiti Toronto ke apa ke.. Tapi jauh dari ibu bapa dan keluarga..dikira perantauan juga kan? Hehehe...

Mungkin tidak berpisah ribuan batu dan tidak juga berbeza benua, tetapi langkah yang diatur tetap meletakkan kami sebagai anak perantau yang mencari ilmu di negeri orang. Jauh dari pandangan ibu ayah. Rindu yang bertamu tetap terasa. Kepada teman-teman yang menuntut di luar negara, Salam Perantauan buat kalian Semua..

~adios..

Tuesday, January 25, 2011

| Borderless Knowledge Horizon To The East |


Setelah hampir sebulan belum setahun, akhirnya Cik Sara berjaya juga mengumpulkan dan seterusnya meng'upload' gambar-gambar ini. Cerita ini bermula dari 7hb Disember dan berakhir pada 14hb Disember. Bermula dari bumi UTM dan berakhir di Laman LCCT.. Kini, angan-angan telah pun menjadi kenyataan. Korea Selatan yang suatu ketika dahulu dirasakan sukar untuk dijejaki, akhirnya berjaya menapak ke sana. Kenangan masih segar dalam setiap di antara kami.

Sehari sebelum bertolak ke Seoul, Korea Selatan, kami semua telah bersepakat untuk mengambil gambar program di hadapan landmark fakulti. Bukan selalu dapat bergambar di situ. Makanya, masa yang terluang kami gunakan untuk bergambar beramai-ramai. Tema pakaian hari itu adalah HITAM. Untuk menyeragamkan kesemua kami. Lokasi? Sebelah P11. Landmark FKE.


Selepas itu, kami bergambar pula di pintu utama UTM. Ini landmark UTM. Kalau nampak yang ini, maknanya anda sudah memasuki Kawasan UTM. Welcome to UTM. 

1 Malaysia !!!
Perjalanan kami bermula seawal jam 4.30 pagi, 8hb Disember. Berkumpul di Arked 9 sebelum bergerak secara berjemaah menggunakan bas UTM menuju ke LCCT. Kami tiba di LCCT sekitar jam 9pagi. Tiket penerbangan kami adalah pada pukul 2.05tengah hari. Menaiki pesawat tambang murah Air Asia yang berwarna merah putih itu. Sekitar jam 11.30 pagi, kami check in barang. Sekitar pukul 12.45 tengah hari, kami memasuki balai berlepas. Untuk mengelakkan solat di dalam kapal terbang, kami bergegas masuk ke Surau yang disediakan untuk menunaikan Solat Zuhur dan Asar secara jamak.

Tepat pukul 2.05 petang, pesawat kami mula berlepas meninggalkan bumi Malaysia. Sayup-sayup bumi Malaysia mulai hilang dari pandangan mata. Berada di ketinggian beribu meter dari paras laut membuatkan hanya awan putih yang kelihatan.

Welcome to Incheon Airport. We are here !!!
Perjalanan yang agak lama tetapi menyeronokkan. Kami tiba di lapangan terbang Incheon sekitar jam 9.15pm. Setelah menyelesaikan urusan imigresen dan mendapatkan bagasi di ruangan bagasi, kami dinasihatkan untuk mengenakan pakaian yang lebih tebal memandangkan cuaca di luar mencecah nilai negatif degree..

Bermulalah pengembaraan kami di Bumi Seoul selama 6 hari 4 malam. Malam yang kelima adalah di dalam flight.


Kebiasaanya setiap pagi selama berada di Bumi Korea ini, kami dibawa ke Itaewon untuk bersarapan pagi. Menunya boleh tengok di dalam entrie ini.
Tentatif telah disusun oleh pihak travel Agent. Dan memandangkan ini merupakan Academic Trip di bawah lembayung Global Outreach Program, kami telah memilih 2 buah universiti untuk dilawati iaitu Universiti Dongguk dan Universiti Korea.


Satu-satunya masjid yang ditemui di Seoul.
Anak tangga menuju ke masjid 
Destinasi pertama kami setelah selesai menjamu selera dan melawat masjid utama di Seoul adalah Universiti Dongguk. Di sana, kami bertemu dengan mahasiswa Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Master dan PHD di sana. Tumpuan kami lebih kepada Department of Electrical And Electronic. Hampir seharian berada di sana. 

Dongguk University
Kami dibawa melawat dari satu bahagian ke satu bahagian yang terdapat di dalam Jabatan Elektrik dan Elektronik, Universiti Dongguk. Pelbagai penyelidikan dan projek yang sedang dijalankan di sana di tunjukkan dan diterangkan kepada kami. Dongguk University memberikan peluang yang luas kepada mahasiswa lepasan degree untuk melanjutkan pengajian di peringkat MASTER atau PHD. Selain itu, mereka turut menyediakan biasiswa kepada pelajar luar yang berminat untuk menyambung pengajian musim panas di sana.


ari kedua, kami melawat pula Universiti Korea. Di sana kami bertemu Persatuan Mahasiswa Malaysia di Korea. Dan rata-rata mereka merupakan mahasiswa jurusan Mekanikal.Tidak banyak maklumat berkaitan bidang elektrik dan elektronik yang boleh diperoleh. Kami dibawa melawat sekitar kawasan kampus yang sangat luas dan cantik itu. Melihat seni bina, budaya hidup dan sosial masyarakat di sana membuatkan diri berasa syukur dengan nikmat yang diberikan ALLAH. Kesempatan yang diberi untuk melawat negara orang, dimanfaatkan sepenuhnya.

Korea University
Medical Electronic Engineer was here in 2010..~
Imagination is more important than knowledge~Albert Einstein

Summer in winter? urr..
Selain melawat dua buah university berkenaan, kami juga berkesempatan untuk melawat bangunan-bangunan dan kawasan bersejarah dan tradisional di Korea. Antaranya National Folk Museum, Gyeongbok Palace, The Blue House, Namsangol Traditional Village, Tteok Cafe, Urban Area for DIY kimchi and Hanbok dan banyak lagi tempat-tempat menarik. 

Salam perantauan dari kami~


Berada di negara 4 musim sudah pun menjadi kenyataan. Merasakan kehidupan seperti di dalam peti ais juga sudah. Kami juga di bawa ke sebuah kawasan pendalaman untuk merasai sendiri suasana masyarakat setempat bermain Ski. Kami di bawa ke Jisan Forest. Sungguh ramai. Walaupun tiada snow yang turun dari langit tetapi kesejukan yang dialami sudah cukup membuatkan kami gembira berada di negara orang. Untuk Pakaian yang tak serap air seperti yang digayakan di dalam gambar dibawah, kami perlu membayar sejumlah 15 000 Won. Dan sekiranya berminat untuk bermain Ski, sebanyak 50 000 Won perlu diperuntukkan untuk keseluruhan set.

Best!!
Suit bernilai 15 000 Won ~ sewa sahaja.
Belajar membuat Kimchi~ easy..
Belajar tentang sains dan teknologi yang dibangunkan masyarakat Korea.
Berlibur di Lotte World!!
Tak puas kalau sekadar melawat tempat-tempat ilmiah semata-mata. Kami turut dibawa ke LOTTE WORLD, iaitu Disneyland di Korea untuk bermain dan merehat-rehatkan minda. It's all about games! Pelbagai permainan indoor dan outdoor yang disediakan. Di sinilah pengambaran Drama Stairway To Heaven dilakukan. Jangan tak tahu ok..

Lotte World..Best~
Sedar tak sedar, kami sudah sampai di hari-hari terakhir di bumi Korea. Pengembaraan kami semakin ke penghujungnya. Bumi Korea perlu ditinggalkan. Namun, kenangan dan ilmu yang diperoleh di sana tidak sesekali kami tinggalkan. Apa yang bermanfaat dan berilmu, kami bawa bersama sebagai bekalan di Bumi Malaysia. Pengalaman yang diperoleh mengeratkan lagi silaturahim di antara kami. Keseronokan jelas terpancar di setiap wajah-wajah kami. 

Di sini permulaan sebuah pengembaraan ke Bumi Seoul, dan disini juga ianya berakhir
Pengalaman yang sungguh menarik. Kredit gambar kepada semua yang terlibat dan turut serta ke Seoul, Korea Selatan. Tak tersebut nama mereka. Tapi kreditkan juga ucapan di sini.

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Perubatan Sesi 2007/2011.
Yen ~ Tajuddin ~ Muhsin ~ Hazrin ~ Ijad ~ Sara ~ Wei Yun ~ Ili ~ Intan ~ Aimie ~ Eqen ~ Akmal ~ Majidah ~ Siti ~ Nisa ~ K.Fahmi ~ Aizat ~ Fadzli Amir ~ Dr. Rubita ~ Lim ~ Dila ~ Kak Syikin ~ Faizal Shahrin ~ Kak Sofea ~ Nazihah ~ Baizura ~ Naza ~ Rusydi ~ Sofie ~
Hafizul ~ Chai ~ Fairuz ~ Wani ~ Milton ~ Q dan Wan (Photographer)

Kredit juga kepada :-
 Wana ~ Ana ~ Zul dan Fahmi~
Walaupun tidak dapat turut serta, namun anda tetap sebahagian dari kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...