Showing posts with label ~al kisah~. Show all posts
Showing posts with label ~al kisah~. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Welcome.. Yokosou!!

Assalamualaikum..


Hai semua! Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan "Selamat Datang Ke UTM" kepada seluruh mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia yang baru mendaftar masuk. Kalau 4 tahun yang lalu, kami mendaftar sebagai mahasiswa baru, kini hanya tinggal kurang dari sebulan, kami akan bergraduasi dan bergelar graduan.

Macam mana dengan kisah Minggu Pertama anda di Universiti? Ada yang kena buli ke? Tak pun..ada yang tersesat? Tersalah arah mana-mana? Seronok tak pengisian Minggu Transformasi Mahasiswa ni? Zaman kami dulu dikenali sebagai Minggu Haluan Siswa atau singkatannya MHS. Seminggu dipimpin senior. Ke DSI, MSI dan juga singgah di Fakulti. Penutup kepada Minggu Haluan Siswa adalah Kejohanan Sukan MHS antara Kolej. Penuh warna warni di Padang UTM. 

Kenangan 4 tahun yang lalu sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke bumi UTM. Tak kenal pun rakan-rakan. Suasana sekeliling yang begitu asing. Sejak pagi lagi, kawasan S01 dipenuhi dengan ibubapa, keluarga dan mahasiswa yang datang mendaftar. Dan diantara ratusan mahasiswa yang mendaftar itu adalah kami. Kolej Tuanku Canselor menjadi tempat pertemuan. S19 menjadi titik perkenalan ukhuwah.

Buat mahasiswa yang baru mendaftar:
"Enjoy Yourself here. Enjoy does not mean you play around and forgetting your own goal. The reason why you come here should not leave behind. But, do enjoy your life here while reaching your own goals. Make a lot of friends. Sebab kawan ni sangat penting. 

Ada kalanya kita terlepas info-info penting, 
dan disinilah fungsinya kawan untuk saling mengingatkan. 
Ada kalanya kita rasa lemah untuk teruskan perjuangan di bumi asing ini.
Tapi kawan-kawan sentiasa di sisi untuk menguatkan semangat.. 
Ada kalanya, hidup terasa sunyi dek kejauhan dari keluarga.. 
Tapi, kawan-kawanlah yang akan menceriakan setiap detik dan hari -hari kita..
Kekuatan yang datang dari kawan-kawan yang sentiasa ada di sisilah yang akan menjadi penguat untuk kita meneruskan pengajian.
Dan kehadiran kawan-kawan inilah yang akan membantu kita menggapai kejayaan selain ilmu yang disampaikan pensyarah..

So, make a new friends..

Selamat menyesuaikan diri di sini. Selamat menuntut ilmu. Dan selamat menjalani kehidupan baru anda bergelar Mahasiswa. "

Friday, October 29, 2010

Syawal 1431 - Konvoi Raya Terakhir


Syawal 1431...
Konvoi Raya terakhir bagi kita.. Sedar tak sedar dah pun final year. Lepas ni kalau nak buat konvoi raya pun, bukan sebagai mahasiswa lagi.. InsyaALLAH, ini raya terakhir kita sebagai mahasiswa UTM.. Raya tahun depan, masing-masing dengan kerjaya sendiri.. InsyaALLAH..

Tapi..
Syawal kali ni kita tak sempat nak konvoi banyak rumah macam raya-raya sebelum ni.
Kali ni, kita cuma sempat beraya ke rumah DILA yang terletak di Kampung Melayu Pandan, JB..


Persahabatan itu indah jika kita fahami makna sebenarnya~ - W.M.A




Berkonvoi dengan 2 buah kereta dan beberapa buah motorsikal...
 Cuaca hari tu pun tak berapa baik.. 
Hujan di tengah hari. 
Terpaksalah yang menunggang dan membonceng motor mencari tempat perteduhan...


Tapi...itu bukan alasan untuk tidak sampai ke rumah DILA..
 Beraneka juadah yang disediakan DILA sekeluarga...


Inilah sebahagian gambar yang diambil dari kamera ILI..
 untuk tatapan semua.. 
Memori yang ada jangan dilupakan..


Kenangan yang cukup indah guys.. 
Sekeping gambar menceritakan 1001 kisah


Ini ada banyak keping, lagi banyaklah kisah yang boleh dikisahkan..





INSEED...Inside the Lab

Assalamualaikum..

Kali ni nak share pula gambar-gambar yang di ambil masa hari terakhir syawal.. Pensyarah-pensyarah INSEED merangkap supervisor PSM bagi mahasiswa/i 4 SEP buat satu jamuan raya yang bertempat di Makmal Elektronik Perubatan. Semester ini adalah semester akhir kami semua membuat Project Lab.. Lepas ni kalau masuk Lab maknanya nak siapkan PSM lah.. Ini antara detik-detik yang dirakamkan..












Tuesday, August 31, 2010

Seronoknya Berbazar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. berakhir sudah Projek II : Juadah di Bazar.. Maaflah, tak dapat nak update perkembangan sehari-hari.. Sangat sibuk dengan tugasan dan kuliah.. Sibuk juga dengan aktiviti memasak.. 

Tapi, kat bawah ni nak sharelah sikit gambar "Sehari di Bazar". Gambar-gambar yang ada ini hanyalah the one yang saya captured sendiri.. So, merekalah yang bertuah.. 

Tapi...Semua kawan-kawan sekursus turut membantu.. cuma waktu hari kejadian ni, bukan giliran mereka menjaga..


Untuk turut serta dalam bazar ni, kenalah bayar duit tapak dulu.. untuk student kitorang kena charge RM100 dan RM50 untuk deposit kebersihan. Jadinya sepanjang kurang dari sebulan, itulah bayarannya.

Taklah banyak sangat kuih yang kitorang jual.. berpatutan dengan usaha yang ada.. dan hasil kuih-kuih buatan sendiri ni dah pun saya letakkan dalam entrie sebelumnya.. tertarik??


Waktu jualan bermula dari jam 4.30 petang sehingga pukul 7. Hasil jualan tak konsisten sangat. Al-maklumlah, kami semuanya pelajar bukan peniaga tegar. Tapu alhamdulillah, ada hasilnya. Rakan-rakan sekursus telah pun diberikan jadual untuk menjaga bazar.. Dalam erti kata lain untuk melariskan juadah yang di buat..

Seronok juga menarik perhatian warga universiti untuk datang membeli. Masing-masing menunjukkan bakat menjual..  


Masa saya turun ke gerai on that day, cuaca tak berapa nak baik. Hujan lebat.. Angin bertiup dengan sangat kuatnya.. Kejadian ni berlaku sehari lepas puting beliung dekat...one place kat Johor ni.. Lupa nama tempatnya..malas pula nak google.. tapi lepas that daylah..

So...Jualan bazar dah sampai ke penghujungnya.. Inilah Ramadhan terakhir sebagai pelajar degree.. InsyaALLAH.. Ramadhan akan datang?? InsyaALLAH...

Kepada semua rasa sekursus yang memberi sokongan sama ada dari sudut moral mahupun fizikal, terima kasih diucapkan dari pihak saya.. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu erti buat kita semua..dan Salam Aidilfitri..

Saturday, July 24, 2010

Salam Permulaan

Salam Permulaan...

24 Julai 2010.. Bermulanya perjalanan blog ini. Salam perkenalan buat semua. Blog ini saya wujudkan semata-mata untuk berkongsi rasa, berkongsi pengalaman dan mengabadikan setiap memori yang tercipta di kalangan warga SEP07/11.

Setiap perjalanan dan kisah coursemate saya, akan saya kongsikan di sini. InsyaALLAH.. Semoga dengan adanya blog ini, kenangan yang tercipta tak kan pernah padam. Segala suka dan duka dikongsi bersama. 

Ini blog khas ditujukan buat teman-teman sekursus...

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK-ELEKTRONIK PERUBATAN 07/11
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

dan saya namakan blog ini sebagai 

MEDICTRONIC's TRAVELOGUE
"Medical + Electronic = Medictronic"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...