Tuesday, April 19, 2011

4 April 2011 : Sensor Research Symposium

04.04.2011
Isnin
P16-BKT 1
Subjek : SEI 4153 - Transducer
Pensyarah : Dr. Herlina Binti Abdul Rahim

Bermulanya Symposium atau dalam bahasa yang mudah difahami :- Pembentangan dan Demo Projek. Satu kumpulan terdiri daripada 4-5 orang mahasiswa. Setiap satu kumpulan diberikan 1 jenis Sensor dan perlu mengeluarkan idea bagi menghasilkan projek berdasarkan sensor yang diterima. Terpulang pada kreativiti ahli kumpulan masing-masing. Yang penting kena come out dengan Hardware project. 


Antara tajun-tajuk Sensor yang diberikan kepada kami semua adalah :-
1. Temperature Sensor
2. Infrared Sensor
3. Light Dependence Resistor
4. Ultrasonic Sensor

Untuk tahu lebih detail mengenai sensor-sensor ini sila layari laman Encik Google. Pencarian adalah percuma dan unlimited. Terima kasih..=)


Adik-adik nak tahu apa yang kakak-kakak dan abang-abang kamu telah hasilkan? Check Dis out:-
1. Mobile Phone Heat Detector
2. Fire Alarm
3.Walking Stick
4.Smart Toilet
5. "Glow In the Dark" Clock
6. Detection By Line
7. Ultrasonic Pest Repellent 

Barisan panel yang mengadili..

Ada 3 panel yang mengadili projek-projek kami. Projek Mini Transducer ibarat Projek mini akhir tahun (Mini PSM). 


Tempat Ketiga : Ultrasonic Pest Repellent
Tempat Kedua :- "Glow in The Dark" Clock
Tempat Pertama :- Detection by Line
Kemenangan itu bukanlah segala-galanya. Yang penting ilmu yang diperolehi ketika sama-sama berusaha menyiapkan projek berkenaan. Mungkin apa yang dipraktikkan di dalam projek tidak sama seperti apa yang diajarkan di dalam syllibus akademik. Dan tidak semua projek yang dihasilkan menjadi seperti yang diharapkan. Kita hanya mampu merancang. Tuhan jua yang menentukan segalanya..

Apa-apa pun, kelas Transducer ni memang Best. Kepada Dr.Herlina:-
"Terima Kasih banyak-banyak di atas ilmu yang dicurahkan. Dr. memang sempoi habis. Setiap kali kelas tak pernah rasa mengantuk. Enjoy je. Happening. Doakan kami semua success dalam final exam transducer nanti..And wish you happy always.."

~ Peperiksaan akhir Transducer jatuh pada 05.05.2011.. All the best kawan-kawan..

** Tajuk Mini Projek Transducer tu tak ingat sangatlah guys.. Kalau ada yang salah, inform ek..nak betulkan nanti..~

New Watermark!!


New Watermark !!...

Banyak event yang dah terjadi yang saya nak share dekat sini.. Dan daripada info yang saya perolehi, ada baiknya gambar-gambar yang diletakkan mempunyai watermark. Lebih kurang macam hak ekslusif kitalah. So, untuk blog ni, saya cuba menghasilkan watermark yang simple. Ringkas dan menarik. Menarik ke? Hehehe.. Jom saya terangkan serba sedikit tentang watermark tu..

Medictronic = Medical + Electronic
Sebabnya blog ini berkisarkan tentang mahasiswa SEP batch 2007/2011.. SEP bermaksud Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Elektronik (Perubatan)
Kalau Bahasa Inggeris kan Elektronik dan Perubatan, bukankah dapat Electronic and Medical?

Traveloque berasal dari kata umbi Travel.
Selama 4 tahun berkenalan, satu persamaan yang merapatkan ukhuwah kami semua adalah berjalan, bercuti, mengembara dan sesama saudara dengannya. Dalam erti kata lain kami semua gemar Travel. Tujuan lain blog ini adalah untuk menceritakan kisah-kisah pengembaraan dan perjalanan kami sebagai mahasiswa. Bolehlah simpan buat kenang-kenangan.. Nak tulis diari, tak de ruang pula nak menyimpan.

Belon Biru dan Merah..
Biru untuk lelaki dan merah untuk perempuan. Warna-warninya SEP sebab ada lelaki dan perempuan.

Kereta putih tu? Sebab kan dah kata kami suka berjalan.. Kalau nak letak kapal terbang macam melampau pula kan?? hehehe..

Daa....nantikan entrie seterusnya yang akan menggunakan watermark ini.. Agak-agak kalau jadikan header juga, ok tak?? =P

Monday, February 21, 2011

| Dinner College_Malam Bintang Gemerlapan |

12hb Februari 2011. Dinner Kolej telah diadakan di Dewan Sultan Iskandar, UTM. Anugerah Bintang Canselor (ABC '11) nama diberi. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Majlis makan malam ini merupakan majlis tahunan yang diadakan bagi meraikan mahasiswa-mahasiswa tahun akhir yang bakal meninggalkan zaman universiti mereka. Iaitu kurang dari 4 bulan bermula dari sekarang. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya juga, Cik Sara dan kawan-kawan tidak akan melepaskan peluang untuk datang ke Majlis Makan malam ini sama ada sebagai AJK atau sebagai tetamu..


Dan tahun ini, kami datang memeriahkan majlis selaku tetamu yang diraikan. Jom usha busana-busana yang digayakan rakan-rakan sekuliah Cik Sara.. Waktu-waktu lain tak akan nampak gaya begini. Malam itu sahaja. Ekslusif dari lensa kamera DSLR Cik Siti Zubaidah..


RED CARPET Version SEP 07/11






wajah-wajah ceria mereka..








 "Alone we can do so little,together we can do so much." - Helen Keller

It's ladies nite~
Sekian sahaja dari lensa kamera kami. Selebihnya, minta pada cik-cik di dalam gambar ini ye. Boleh buat photo album pula kalau nak letak semuanya di sini.. hehehe..

Tuesday, January 25, 2011

| Borderless Knowledge Horizon To The East |


Setelah hampir sebulan belum setahun, akhirnya Cik Sara berjaya juga mengumpulkan dan seterusnya meng'upload' gambar-gambar ini. Cerita ini bermula dari 7hb Disember dan berakhir pada 14hb Disember. Bermula dari bumi UTM dan berakhir di Laman LCCT.. Kini, angan-angan telah pun menjadi kenyataan. Korea Selatan yang suatu ketika dahulu dirasakan sukar untuk dijejaki, akhirnya berjaya menapak ke sana. Kenangan masih segar dalam setiap di antara kami.

Sehari sebelum bertolak ke Seoul, Korea Selatan, kami semua telah bersepakat untuk mengambil gambar program di hadapan landmark fakulti. Bukan selalu dapat bergambar di situ. Makanya, masa yang terluang kami gunakan untuk bergambar beramai-ramai. Tema pakaian hari itu adalah HITAM. Untuk menyeragamkan kesemua kami. Lokasi? Sebelah P11. Landmark FKE.


Selepas itu, kami bergambar pula di pintu utama UTM. Ini landmark UTM. Kalau nampak yang ini, maknanya anda sudah memasuki Kawasan UTM. Welcome to UTM. 

1 Malaysia !!!
Perjalanan kami bermula seawal jam 4.30 pagi, 8hb Disember. Berkumpul di Arked 9 sebelum bergerak secara berjemaah menggunakan bas UTM menuju ke LCCT. Kami tiba di LCCT sekitar jam 9pagi. Tiket penerbangan kami adalah pada pukul 2.05tengah hari. Menaiki pesawat tambang murah Air Asia yang berwarna merah putih itu. Sekitar jam 11.30 pagi, kami check in barang. Sekitar pukul 12.45 tengah hari, kami memasuki balai berlepas. Untuk mengelakkan solat di dalam kapal terbang, kami bergegas masuk ke Surau yang disediakan untuk menunaikan Solat Zuhur dan Asar secara jamak.

Tepat pukul 2.05 petang, pesawat kami mula berlepas meninggalkan bumi Malaysia. Sayup-sayup bumi Malaysia mulai hilang dari pandangan mata. Berada di ketinggian beribu meter dari paras laut membuatkan hanya awan putih yang kelihatan.

Welcome to Incheon Airport. We are here !!!
Perjalanan yang agak lama tetapi menyeronokkan. Kami tiba di lapangan terbang Incheon sekitar jam 9.15pm. Setelah menyelesaikan urusan imigresen dan mendapatkan bagasi di ruangan bagasi, kami dinasihatkan untuk mengenakan pakaian yang lebih tebal memandangkan cuaca di luar mencecah nilai negatif degree..

Bermulalah pengembaraan kami di Bumi Seoul selama 6 hari 4 malam. Malam yang kelima adalah di dalam flight.


Kebiasaanya setiap pagi selama berada di Bumi Korea ini, kami dibawa ke Itaewon untuk bersarapan pagi. Menunya boleh tengok di dalam entrie ini.
Tentatif telah disusun oleh pihak travel Agent. Dan memandangkan ini merupakan Academic Trip di bawah lembayung Global Outreach Program, kami telah memilih 2 buah universiti untuk dilawati iaitu Universiti Dongguk dan Universiti Korea.


Satu-satunya masjid yang ditemui di Seoul.
Anak tangga menuju ke masjid 
Destinasi pertama kami setelah selesai menjamu selera dan melawat masjid utama di Seoul adalah Universiti Dongguk. Di sana, kami bertemu dengan mahasiswa Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Master dan PHD di sana. Tumpuan kami lebih kepada Department of Electrical And Electronic. Hampir seharian berada di sana. 

Dongguk University
Kami dibawa melawat dari satu bahagian ke satu bahagian yang terdapat di dalam Jabatan Elektrik dan Elektronik, Universiti Dongguk. Pelbagai penyelidikan dan projek yang sedang dijalankan di sana di tunjukkan dan diterangkan kepada kami. Dongguk University memberikan peluang yang luas kepada mahasiswa lepasan degree untuk melanjutkan pengajian di peringkat MASTER atau PHD. Selain itu, mereka turut menyediakan biasiswa kepada pelajar luar yang berminat untuk menyambung pengajian musim panas di sana.


ari kedua, kami melawat pula Universiti Korea. Di sana kami bertemu Persatuan Mahasiswa Malaysia di Korea. Dan rata-rata mereka merupakan mahasiswa jurusan Mekanikal.Tidak banyak maklumat berkaitan bidang elektrik dan elektronik yang boleh diperoleh. Kami dibawa melawat sekitar kawasan kampus yang sangat luas dan cantik itu. Melihat seni bina, budaya hidup dan sosial masyarakat di sana membuatkan diri berasa syukur dengan nikmat yang diberikan ALLAH. Kesempatan yang diberi untuk melawat negara orang, dimanfaatkan sepenuhnya.

Korea University
Medical Electronic Engineer was here in 2010..~
Imagination is more important than knowledge~Albert Einstein

Summer in winter? urr..
Selain melawat dua buah university berkenaan, kami juga berkesempatan untuk melawat bangunan-bangunan dan kawasan bersejarah dan tradisional di Korea. Antaranya National Folk Museum, Gyeongbok Palace, The Blue House, Namsangol Traditional Village, Tteok Cafe, Urban Area for DIY kimchi and Hanbok dan banyak lagi tempat-tempat menarik. 

Salam perantauan dari kami~


Berada di negara 4 musim sudah pun menjadi kenyataan. Merasakan kehidupan seperti di dalam peti ais juga sudah. Kami juga di bawa ke sebuah kawasan pendalaman untuk merasai sendiri suasana masyarakat setempat bermain Ski. Kami di bawa ke Jisan Forest. Sungguh ramai. Walaupun tiada snow yang turun dari langit tetapi kesejukan yang dialami sudah cukup membuatkan kami gembira berada di negara orang. Untuk Pakaian yang tak serap air seperti yang digayakan di dalam gambar dibawah, kami perlu membayar sejumlah 15 000 Won. Dan sekiranya berminat untuk bermain Ski, sebanyak 50 000 Won perlu diperuntukkan untuk keseluruhan set.

Best!!
Suit bernilai 15 000 Won ~ sewa sahaja.
Belajar membuat Kimchi~ easy..
Belajar tentang sains dan teknologi yang dibangunkan masyarakat Korea.
Berlibur di Lotte World!!
Tak puas kalau sekadar melawat tempat-tempat ilmiah semata-mata. Kami turut dibawa ke LOTTE WORLD, iaitu Disneyland di Korea untuk bermain dan merehat-rehatkan minda. It's all about games! Pelbagai permainan indoor dan outdoor yang disediakan. Di sinilah pengambaran Drama Stairway To Heaven dilakukan. Jangan tak tahu ok..

Lotte World..Best~
Sedar tak sedar, kami sudah sampai di hari-hari terakhir di bumi Korea. Pengembaraan kami semakin ke penghujungnya. Bumi Korea perlu ditinggalkan. Namun, kenangan dan ilmu yang diperoleh di sana tidak sesekali kami tinggalkan. Apa yang bermanfaat dan berilmu, kami bawa bersama sebagai bekalan di Bumi Malaysia. Pengalaman yang diperoleh mengeratkan lagi silaturahim di antara kami. Keseronokan jelas terpancar di setiap wajah-wajah kami. 

Di sini permulaan sebuah pengembaraan ke Bumi Seoul, dan disini juga ianya berakhir
Pengalaman yang sungguh menarik. Kredit gambar kepada semua yang terlibat dan turut serta ke Seoul, Korea Selatan. Tak tersebut nama mereka. Tapi kreditkan juga ucapan di sini.

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Perubatan Sesi 2007/2011.
Yen ~ Tajuddin ~ Muhsin ~ Hazrin ~ Ijad ~ Sara ~ Wei Yun ~ Ili ~ Intan ~ Aimie ~ Eqen ~ Akmal ~ Majidah ~ Siti ~ Nisa ~ K.Fahmi ~ Aizat ~ Fadzli Amir ~ Dr. Rubita ~ Lim ~ Dila ~ Kak Syikin ~ Faizal Shahrin ~ Kak Sofea ~ Nazihah ~ Baizura ~ Naza ~ Rusydi ~ Sofie ~
Hafizul ~ Chai ~ Fairuz ~ Wani ~ Milton ~ Q dan Wan (Photographer)

Kredit juga kepada :-
 Wana ~ Ana ~ Zul dan Fahmi~
Walaupun tidak dapat turut serta, namun anda tetap sebahagian dari kami.

Friday, January 14, 2011

| Majlis Kesyukuran | 11.01.11 |

Alhamdulillah...Akhirnya Cik Sara berjaya juga menghadirkan diri ke blog ini untuk mencoretkan serba sedikit kisah Cik Sara dan rakan-rakan sekuliah yang lain. Sebelum terlambat, Cik Sara nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua kenalan sama ada yang jauh mahupun dekat. Kepada rakan-rakan sekuliah, Selamat Menjalani Semester Terakhir ini dengan jayanya..

Ok lah.. Entrie sebelum ni, beberapa bulan yang lalu, Cik Sara pernah cerita pasal rancangan rakan-rakan sekuliah Cik Sara untuk terbang ke Seoul, Korea Selatan. Dan Alhamdulillah...dengan izinnya, kami semua telah pun selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air. Nanti Cik Sara akan kongsikan gambar-gambar dari bumi Seoul. Sekarang masih dalam proses mengumpul gambar-gambar tersebut. Setakat ni dah dekat 50GB, gambar-gambar di Seoul semata-mata. Hard disk Cik Sara pun dah semakin penuh.

Untuk itu, kami semua menganjurkan sedikit jamuan makan-makan di rumah DR. RUBITA, selaku pensyarah yang mengiringi pengembaraan kami ke bumi Seoul. Jamuan makan-makan ni sebagai tanda kesyukuran kami selepas pergi dan pulang dengan selamat. Selain makan-makan, ada juga bacaan doa.

Syukur pada-MU YA ALLAH.. Di atas Izin dah rahmat-MU, impian kami menjadi kenyataan. Di atas pertolongan-MU yang tidak terhingga, Kami semua sampai ke Korea. Syukur YA ALLAH kerana menjadikan pengembaraan ini suatu pengembaraan  yang berilmu. Terima Kasih YA ALLAH.. atas izin-MU, kami selamat pergi dan pulang ke tanah air. Sesungguhnya KAU Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kami ketahui. Amin Ya Rabb..

Jom layan gambar-gambar yang boleh Cik Sara kongsikan sepanjang majlis tu.. Layaaannnn..













Wednesday, November 3, 2010

Memohon sumbangan

Berhubung dengan kisah nak ke Korea Selatan pada 8-14 Disember ini.
Program GOP ni diadakan seiring dengan hasrat Naib Canselor UTM yang ingin menghantar sekurang-kurangnya 5000 orang mahasiswa ke luar negara..

Tujuannya adalah untuk memberikan peluang kepada mahasiswa UTM untuk melihat sendiri kaedah pembelajaran dan penyelidikan yang dilakukan oleh universiti-universiti ternama di dunia.

Korea Selatan menjadi salah satu destinasi yang tersenarai dalam program GOP kerana industri elektronik perubatan yang sedang berkembang di sana. 

Oleh itu, bagi merelisasikan program, kami memohon bantuan sumbangan atau penjanaan daripada pihak-pihak di luar bagi mengurangkan beban perbelanjaan yang ditanggung oleh kami terutamanya dari segi kewangan memandangkan kos perbelanjaan perjalanan program yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Di bawah adalah surat dari TNC yang memberikan kebenaran kepada pihak kami untuk memohon sumbangan dan penajaan dari pihak luar.  



Surat kedua merupakan surat kelulusan program sebagai bukti program kami mendapat kelulusan dari pihak universiti.


Di bawah ini adalah salinan sokongan dari Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik di mana kami menuntut ilmu. Ini juga merupakan bukti bahawa program kami mendapat kelulusan dari pihak fakulti.


Bersama-sama ini disertakan juga surat dari pihak kami untuk memohon sumbangan dan penajaan dari anda, pihak-pihak di luar sana..



Ini merupakan senarai mahasiswa yang terpilih untuk menyertai Global Outreach Program (GOP) ke Korea Selatan ini.. Iaitu seramai 35 orang dan diiringi seorang pensyarah. 


Ini merupakan salah satu usaha daripada pihak kami untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan program ini. Kepada pihak-pihak di luar yang berkemampuan untuk membantu dan memberikan sumbangan, sumbangan anda amat kami alu-alukan. 

Bolehlah tinggalkan maklumat di ruangan komen untuk tindakan lanjut dari pihak kami.. Segala maklumat dan komen yang bersifat individu dan privasi tidak akan dipublishkan di blog melainkan atas persetujuan empunya diri.

Sekian terima kasih..

~~ Pertolongan anda mampu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung pihak kami~~ 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...