Tuesday, August 31, 2010

Seronoknya Berbazar

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. berakhir sudah Projek II : Juadah di Bazar.. Maaflah, tak dapat nak update perkembangan sehari-hari.. Sangat sibuk dengan tugasan dan kuliah.. Sibuk juga dengan aktiviti memasak.. 

Tapi, kat bawah ni nak sharelah sikit gambar "Sehari di Bazar". Gambar-gambar yang ada ini hanyalah the one yang saya captured sendiri.. So, merekalah yang bertuah.. 

Tapi...Semua kawan-kawan sekursus turut membantu.. cuma waktu hari kejadian ni, bukan giliran mereka menjaga..


Untuk turut serta dalam bazar ni, kenalah bayar duit tapak dulu.. untuk student kitorang kena charge RM100 dan RM50 untuk deposit kebersihan. Jadinya sepanjang kurang dari sebulan, itulah bayarannya.

Taklah banyak sangat kuih yang kitorang jual.. berpatutan dengan usaha yang ada.. dan hasil kuih-kuih buatan sendiri ni dah pun saya letakkan dalam entrie sebelumnya.. tertarik??


Waktu jualan bermula dari jam 4.30 petang sehingga pukul 7. Hasil jualan tak konsisten sangat. Al-maklumlah, kami semuanya pelajar bukan peniaga tegar. Tapu alhamdulillah, ada hasilnya. Rakan-rakan sekursus telah pun diberikan jadual untuk menjaga bazar.. Dalam erti kata lain untuk melariskan juadah yang di buat..

Seronok juga menarik perhatian warga universiti untuk datang membeli. Masing-masing menunjukkan bakat menjual..  


Masa saya turun ke gerai on that day, cuaca tak berapa nak baik. Hujan lebat.. Angin bertiup dengan sangat kuatnya.. Kejadian ni berlaku sehari lepas puting beliung dekat...one place kat Johor ni.. Lupa nama tempatnya..malas pula nak google.. tapi lepas that daylah..

So...Jualan bazar dah sampai ke penghujungnya.. Inilah Ramadhan terakhir sebagai pelajar degree.. InsyaALLAH.. Ramadhan akan datang?? InsyaALLAH...

Kepada semua rasa sekursus yang memberi sokongan sama ada dari sudut moral mahupun fizikal, terima kasih diucapkan dari pihak saya.. Moga Ramadhan kali ini membawa seribu satu erti buat kita semua..dan Salam Aidilfitri..

2 comments:

waNna said...

yang, puting beliung tu kat jasin, melaka lah... =)

Cik Sara said...

Haha... ye ke?? aisey..salah tempat.. tapi kat situlah.. tak jauh dah dengan johor ni.. memang a day after kejadian itu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...