Tuesday, January 25, 2011

| Borderless Knowledge Horizon To The East |


Setelah hampir sebulan belum setahun, akhirnya Cik Sara berjaya juga mengumpulkan dan seterusnya meng'upload' gambar-gambar ini. Cerita ini bermula dari 7hb Disember dan berakhir pada 14hb Disember. Bermula dari bumi UTM dan berakhir di Laman LCCT.. Kini, angan-angan telah pun menjadi kenyataan. Korea Selatan yang suatu ketika dahulu dirasakan sukar untuk dijejaki, akhirnya berjaya menapak ke sana. Kenangan masih segar dalam setiap di antara kami.

Sehari sebelum bertolak ke Seoul, Korea Selatan, kami semua telah bersepakat untuk mengambil gambar program di hadapan landmark fakulti. Bukan selalu dapat bergambar di situ. Makanya, masa yang terluang kami gunakan untuk bergambar beramai-ramai. Tema pakaian hari itu adalah HITAM. Untuk menyeragamkan kesemua kami. Lokasi? Sebelah P11. Landmark FKE.


Selepas itu, kami bergambar pula di pintu utama UTM. Ini landmark UTM. Kalau nampak yang ini, maknanya anda sudah memasuki Kawasan UTM. Welcome to UTM. 

1 Malaysia !!!
Perjalanan kami bermula seawal jam 4.30 pagi, 8hb Disember. Berkumpul di Arked 9 sebelum bergerak secara berjemaah menggunakan bas UTM menuju ke LCCT. Kami tiba di LCCT sekitar jam 9pagi. Tiket penerbangan kami adalah pada pukul 2.05tengah hari. Menaiki pesawat tambang murah Air Asia yang berwarna merah putih itu. Sekitar jam 11.30 pagi, kami check in barang. Sekitar pukul 12.45 tengah hari, kami memasuki balai berlepas. Untuk mengelakkan solat di dalam kapal terbang, kami bergegas masuk ke Surau yang disediakan untuk menunaikan Solat Zuhur dan Asar secara jamak.

Tepat pukul 2.05 petang, pesawat kami mula berlepas meninggalkan bumi Malaysia. Sayup-sayup bumi Malaysia mulai hilang dari pandangan mata. Berada di ketinggian beribu meter dari paras laut membuatkan hanya awan putih yang kelihatan.

Welcome to Incheon Airport. We are here !!!
Perjalanan yang agak lama tetapi menyeronokkan. Kami tiba di lapangan terbang Incheon sekitar jam 9.15pm. Setelah menyelesaikan urusan imigresen dan mendapatkan bagasi di ruangan bagasi, kami dinasihatkan untuk mengenakan pakaian yang lebih tebal memandangkan cuaca di luar mencecah nilai negatif degree..

Bermulalah pengembaraan kami di Bumi Seoul selama 6 hari 4 malam. Malam yang kelima adalah di dalam flight.


Kebiasaanya setiap pagi selama berada di Bumi Korea ini, kami dibawa ke Itaewon untuk bersarapan pagi. Menunya boleh tengok di dalam entrie ini.
Tentatif telah disusun oleh pihak travel Agent. Dan memandangkan ini merupakan Academic Trip di bawah lembayung Global Outreach Program, kami telah memilih 2 buah universiti untuk dilawati iaitu Universiti Dongguk dan Universiti Korea.


Satu-satunya masjid yang ditemui di Seoul.
Anak tangga menuju ke masjid 
Destinasi pertama kami setelah selesai menjamu selera dan melawat masjid utama di Seoul adalah Universiti Dongguk. Di sana, kami bertemu dengan mahasiswa Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian peringkat Master dan PHD di sana. Tumpuan kami lebih kepada Department of Electrical And Electronic. Hampir seharian berada di sana. 

Dongguk University
Kami dibawa melawat dari satu bahagian ke satu bahagian yang terdapat di dalam Jabatan Elektrik dan Elektronik, Universiti Dongguk. Pelbagai penyelidikan dan projek yang sedang dijalankan di sana di tunjukkan dan diterangkan kepada kami. Dongguk University memberikan peluang yang luas kepada mahasiswa lepasan degree untuk melanjutkan pengajian di peringkat MASTER atau PHD. Selain itu, mereka turut menyediakan biasiswa kepada pelajar luar yang berminat untuk menyambung pengajian musim panas di sana.


ari kedua, kami melawat pula Universiti Korea. Di sana kami bertemu Persatuan Mahasiswa Malaysia di Korea. Dan rata-rata mereka merupakan mahasiswa jurusan Mekanikal.Tidak banyak maklumat berkaitan bidang elektrik dan elektronik yang boleh diperoleh. Kami dibawa melawat sekitar kawasan kampus yang sangat luas dan cantik itu. Melihat seni bina, budaya hidup dan sosial masyarakat di sana membuatkan diri berasa syukur dengan nikmat yang diberikan ALLAH. Kesempatan yang diberi untuk melawat negara orang, dimanfaatkan sepenuhnya.

Korea University
Medical Electronic Engineer was here in 2010..~
Imagination is more important than knowledge~Albert Einstein

Summer in winter? urr..
Selain melawat dua buah university berkenaan, kami juga berkesempatan untuk melawat bangunan-bangunan dan kawasan bersejarah dan tradisional di Korea. Antaranya National Folk Museum, Gyeongbok Palace, The Blue House, Namsangol Traditional Village, Tteok Cafe, Urban Area for DIY kimchi and Hanbok dan banyak lagi tempat-tempat menarik. 

Salam perantauan dari kami~


Berada di negara 4 musim sudah pun menjadi kenyataan. Merasakan kehidupan seperti di dalam peti ais juga sudah. Kami juga di bawa ke sebuah kawasan pendalaman untuk merasai sendiri suasana masyarakat setempat bermain Ski. Kami di bawa ke Jisan Forest. Sungguh ramai. Walaupun tiada snow yang turun dari langit tetapi kesejukan yang dialami sudah cukup membuatkan kami gembira berada di negara orang. Untuk Pakaian yang tak serap air seperti yang digayakan di dalam gambar dibawah, kami perlu membayar sejumlah 15 000 Won. Dan sekiranya berminat untuk bermain Ski, sebanyak 50 000 Won perlu diperuntukkan untuk keseluruhan set.

Best!!
Suit bernilai 15 000 Won ~ sewa sahaja.
Belajar membuat Kimchi~ easy..
Belajar tentang sains dan teknologi yang dibangunkan masyarakat Korea.
Berlibur di Lotte World!!
Tak puas kalau sekadar melawat tempat-tempat ilmiah semata-mata. Kami turut dibawa ke LOTTE WORLD, iaitu Disneyland di Korea untuk bermain dan merehat-rehatkan minda. It's all about games! Pelbagai permainan indoor dan outdoor yang disediakan. Di sinilah pengambaran Drama Stairway To Heaven dilakukan. Jangan tak tahu ok..

Lotte World..Best~
Sedar tak sedar, kami sudah sampai di hari-hari terakhir di bumi Korea. Pengembaraan kami semakin ke penghujungnya. Bumi Korea perlu ditinggalkan. Namun, kenangan dan ilmu yang diperoleh di sana tidak sesekali kami tinggalkan. Apa yang bermanfaat dan berilmu, kami bawa bersama sebagai bekalan di Bumi Malaysia. Pengalaman yang diperoleh mengeratkan lagi silaturahim di antara kami. Keseronokan jelas terpancar di setiap wajah-wajah kami. 

Di sini permulaan sebuah pengembaraan ke Bumi Seoul, dan disini juga ianya berakhir
Pengalaman yang sungguh menarik. Kredit gambar kepada semua yang terlibat dan turut serta ke Seoul, Korea Selatan. Tak tersebut nama mereka. Tapi kreditkan juga ucapan di sini.

Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik-Elektronik Perubatan Sesi 2007/2011.
Yen ~ Tajuddin ~ Muhsin ~ Hazrin ~ Ijad ~ Sara ~ Wei Yun ~ Ili ~ Intan ~ Aimie ~ Eqen ~ Akmal ~ Majidah ~ Siti ~ Nisa ~ K.Fahmi ~ Aizat ~ Fadzli Amir ~ Dr. Rubita ~ Lim ~ Dila ~ Kak Syikin ~ Faizal Shahrin ~ Kak Sofea ~ Nazihah ~ Baizura ~ Naza ~ Rusydi ~ Sofie ~
Hafizul ~ Chai ~ Fairuz ~ Wani ~ Milton ~ Q dan Wan (Photographer)

Kredit juga kepada :-
 Wana ~ Ana ~ Zul dan Fahmi~
Walaupun tidak dapat turut serta, namun anda tetap sebahagian dari kami.

Friday, January 14, 2011

| Majlis Kesyukuran | 11.01.11 |

Alhamdulillah...Akhirnya Cik Sara berjaya juga menghadirkan diri ke blog ini untuk mencoretkan serba sedikit kisah Cik Sara dan rakan-rakan sekuliah yang lain. Sebelum terlambat, Cik Sara nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua kenalan sama ada yang jauh mahupun dekat. Kepada rakan-rakan sekuliah, Selamat Menjalani Semester Terakhir ini dengan jayanya..

Ok lah.. Entrie sebelum ni, beberapa bulan yang lalu, Cik Sara pernah cerita pasal rancangan rakan-rakan sekuliah Cik Sara untuk terbang ke Seoul, Korea Selatan. Dan Alhamdulillah...dengan izinnya, kami semua telah pun selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air. Nanti Cik Sara akan kongsikan gambar-gambar dari bumi Seoul. Sekarang masih dalam proses mengumpul gambar-gambar tersebut. Setakat ni dah dekat 50GB, gambar-gambar di Seoul semata-mata. Hard disk Cik Sara pun dah semakin penuh.

Untuk itu, kami semua menganjurkan sedikit jamuan makan-makan di rumah DR. RUBITA, selaku pensyarah yang mengiringi pengembaraan kami ke bumi Seoul. Jamuan makan-makan ni sebagai tanda kesyukuran kami selepas pergi dan pulang dengan selamat. Selain makan-makan, ada juga bacaan doa.

Syukur pada-MU YA ALLAH.. Di atas Izin dah rahmat-MU, impian kami menjadi kenyataan. Di atas pertolongan-MU yang tidak terhingga, Kami semua sampai ke Korea. Syukur YA ALLAH kerana menjadikan pengembaraan ini suatu pengembaraan  yang berilmu. Terima Kasih YA ALLAH.. atas izin-MU, kami selamat pergi dan pulang ke tanah air. Sesungguhnya KAU Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kami ketahui. Amin Ya Rabb..

Jom layan gambar-gambar yang boleh Cik Sara kongsikan sepanjang majlis tu.. Layaaannnn..













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...