Alhamdulillah...Akhirnya Cik Sara berjaya juga menghadirkan diri ke blog ini untuk mencoretkan serba sedikit kisah Cik Sara dan rakan-rakan sekuliah yang lain. Sebelum terlambat, Cik Sara nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada semua kenalan sama ada yang jauh mahupun dekat. Kepada rakan-rakan sekuliah, Selamat Menjalani Semester Terakhir ini dengan jayanya..
Ok lah.. Entrie sebelum ni, beberapa bulan yang lalu, Cik Sara pernah cerita pasal rancangan rakan-rakan sekuliah Cik Sara untuk terbang ke Seoul, Korea Selatan. Dan Alhamdulillah...dengan izinnya, kami semua telah pun selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air. Nanti Cik Sara akan kongsikan gambar-gambar dari bumi Seoul. Sekarang masih dalam proses mengumpul gambar-gambar tersebut. Setakat ni dah dekat 50GB, gambar-gambar di Seoul semata-mata. Hard disk Cik Sara pun dah semakin penuh.
Untuk itu, kami semua menganjurkan sedikit jamuan makan-makan di rumah DR. RUBITA, selaku pensyarah yang mengiringi pengembaraan kami ke bumi Seoul. Jamuan makan-makan ni sebagai tanda kesyukuran kami selepas pergi dan pulang dengan selamat. Selain makan-makan, ada juga bacaan doa.
Syukur pada-MU YA ALLAH.. Di atas Izin dah rahmat-MU, impian kami menjadi kenyataan. Di atas pertolongan-MU yang tidak terhingga, Kami semua sampai ke Korea. Syukur YA ALLAH kerana menjadikan pengembaraan ini suatu pengembaraan yang berilmu. Terima Kasih YA ALLAH.. atas izin-MU, kami selamat pergi dan pulang ke tanah air. Sesungguhnya KAU Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kami ketahui. Amin Ya Rabb..
Jom layan gambar-gambar yang boleh Cik Sara kongsikan sepanjang majlis tu.. Layaaannnn..
No comments:
Post a Comment