Tuesday, May 10, 2011

Farewell Banquet 4 SEP 2011

" Disini kita pernah bertemu..
Mencari warna seindah pelangi..
Ketika kau menghulur tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru.."

Isnin. 9 Mei 2011.12 suku tengah hari. Farewell Party at Medical Electronic Laboratory. The one and beloved lab that we ever have. Lab yang dijejakki sejak di tahun satu sehinggalah mampu bermastautin selama 3 bulan menyiapkan projek akhir. Alhamdulillah..dalam masa yang singkat dan sibuk berperang dengan kertas terakhir, kami mampu jua melaksanakan jamuan perpisahan ini. Siapa sangkakan? Akhirnya berpisah jua..


"Kenangan bersamamu..
Takkan ku lupa walau badai datang melanda
walau bercerai jasad dan nyawa.."

Jamuan perpisahan ni kami adakan sebagai tanda penghargaan dari kami buat semua pensyarah yang dah pernah mencurahkan ilmu dan kasih sayang buat kitorang selama hampir 4 tahun bergelar mahasiswa di bumi UTM ni. Alhamdulillah, jamuan perpisahan ni mendapat sambutan yang sangat baik dari pensyarah-pensyarah. Gembira dapat menghabiskan minggu terakhir akademik bersama mereka. Tapi, jauh di sudut hati, tetap rasa sedih kerana bakal berpisah..


"Mengapa kita ditemukan..
Dan akhirnya..
Kita dipisahkan..
Mungkinkah menguji kesabaran,
Kejujuran dan kesetiaan..
Tuhan berilah aku kekuatan.."

"Dengarkanlah..
Dendangan lagu tanda ingatanku...
Kepadamu teman..
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu..."

Antara tetamu yang diundang adalah Penasihat akademik 4 SEP, walaupun mereka tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut. Turut diundang adalah pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar kami ketika tahun 1 sehinggalah ke semester terakhir. Juga pensyarah-pensyarah yang menjadi penasihat projek sarjana Muda bagi kesemua warga 4 SEP. Antaranya Ir. Dr. Shahrul Kamal, Cik Zaniah, Encik Lukman, Dr.Eko, Encik Ismali, Puan Ismawati, Encik Kamal Khalil, Encik Abdul Rahim, Miss Mitra, Dr.Fauzan, Prof Jasmy, Dr.Nasrul dan Dr.Rubita. 


Menurut kata Dr.Nasrul, farewell banquet yang kami anjurkan ini adalah julung-julung kalinya diadakan. Alhamdulillah. Ada sesuatu yang kami sediakan buat mereka sebagai sebuah ingatan..

Buat semua pensyarah:
"Terima Kasih. Arigatou. Thank You. Ilmu. Perhatian. Kasih Sayang. Didikan. Nasihat. Semua ini mungkin tak terbalas hanya dengan ucapan terima kasih. Namun, kalian semua akan sentiasa hadir dalam doa kami. Semoga kenangan kita bersama tak akan padam.."

Bunga Anggerik tumbuh melata,
Indahnya membawa ke alam maya,
Walau diberi limpahan harta,
Takkan termampu ku balas segalanya..

Bunga Kemboja letaknya tinggi,
Harum baunya semerbak mewangi,
Buat pensyarah yang kami sayangi,
Pengorbanan kalian kami sanjung tinggi..

Bunga Seroja di hujung dunia,
Mekar sentiasa sepanjang hayat,
Persahabatan kau, aku dan dia,
Semoga berkekalan ke akhir hayat..

~sayonara~

p/s : tak de gambar ramai-ramai lagi..

1 comment:

waNna said...

1st time ase nyer cm banyak gambar. lols. ^_________^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...