Thursday, August 4, 2011

Ingatan di Bulan Puasa

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan buat semua yang sudi baca dan singgah.. 

Tengah buat apa tu?? Urmm.. tak tahu macam mana nak jadikan tajuk itu menarik untuk dibaca.. Tapi, apa yang nak dikongsikan hari ini... warga Medictronic mesti ingat lagi kan?

Bila bulan puasa je, yang bertandang dalam ingatan kita mesti aktiviti mengumpul duit untuk ke Korea tahun lepas. Aik, kejap je kan masa berlalu. 

Dah setahun rupanya selepas Ramadhan yang lepas. Syukur masih diberi peluang untuk bertemu Ramadhan dalam jumlah yang masih sama. Semoga kita diberi juga peluang untuk menikmati Ramadhan sehingga ke penghujungnya..

Suka buka cerita panjang-panjang kan? Haaa..nak bukti yang dak Medictronic ni masih lagi terikat dengan ingatan bulan puasa tu? Jom usha kat bawah ni...


Tengoklah status salah seorang ahli yang disokong oleh ahli-ahli lain tu. Walaupun masing-masing dah bertebaran di seluruh Asia Tenggara ni, tapi ingatan tetap bersatu lagi.. Masing-masing macam nak masuk mood memory lane.. Hehehe...

Ramadhan tahun lepas, dek kerana nak mencari duit untuk ke korea, macam-macam aktiviti yang kita buat.. Ingat lagi tak? Dari mengemas rumah lecturer, masak kuih-muih untuk dijual di bazaar, bergilir-gilir menjaga gerai di bazaar, Jual kerepek, Jual kuih raya, dan tak ketinggalan juga jual kek Lapis. Segala bagai peluang meniaga yang datang, semua kita nak buat. Janji duit masuk.. Betul tak? 

Apa-apa pun, yang penting "Hendak Seribu daya, tak nak seribu helah". Dan bagi saya, meski pun banyak insiden yang berlaku..hatta pahit, manis, payau tapi kenangan ni tetap terpahat dalam ingatan setiap kali menjelang Ramadhan. Rindu rasa nak buat semua tu bersama-sama.. Betul tak kawan-kawan??

Pesanan ringkas kepada adik-adik junior yang bakal pergi GOP macam kitorang tahun lepas:

"Bukan senang nak kaya. Dan bukan susah untuk susah. Tapi selagi ada usaha dan kerjasama, yang susah akan jadi senang. Yang rumit akan jadi mudah. Jangan mengharapkan duit datang bergolek pada kita, tapi bergoleklah ke arah duit itu.. Sebabnya, setiap saat yang kita lalui untuk bergolek ke arah duit itu akan mencipta 1001 memori yang akan kita ingat sampai bila-bila.. Tak lengkap kehidupan kalau tak ada perencah manis, masam, payau dan semuanya itu.. Salam Ramadhan.."



22 comments:

e k i n said...

Sangat-sangat suka ayat yang terakhir tu :)

ANGIN ANGAN said...

salam ramadhan.. =)

aliza said...

memori dulu2 memang patut dikenang, disimpan dalam lipatan ingatan supaya boleh diceritakan pd anak cucu cicit nanti sbg iktibar kan kan

Bidadari Syurga said...

entry ni ada jiwa sedikit.... kenangan yang paling indah ialah bila kita berusaha dan usaha kita itu berbaloi... amin....

MrPingu Gonzalesz said...

gigih adik2... akhirnya ke KOREA gak!

salam dari warga FKE-UTM juga. saya salh seorang tenaga pengajar FKE.. hehe

Cik Sara said...

@Mr.PinGu

Owh, tenaga pengajar FKE? Muka tak familiar plak.. Tapi logik je kan? Besar juga FKE tu untuk kenal semua lecturer.. hehehe..

Salam Ramadhan!!
Thanks

Rean said...

mesti best kn tringt kenangan dulu2.. salam ramadhan :)

Syahirah Suhaili said...

wah..dah pnah jejak kaki kat korea la nie? wiieee~ bez2.. :D

Anonymous said...

kt korea mesti ramai cikaro cun kn

yanamib said...

salam ramadhan juga tn blog..dh msk 2 minggu pn..hihi~ =)

Unknown said...

salam ramadhan.. waaa i wanna go to koreaaaaaaaa ;D

Unknown said...

wahhh suka juga ayat terkhir tuu
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/

Ce'gu JAERA said...

singgah dari blog en Ben.. salam perkenalan ye

alfsfr.ali said...

tmpg tny..medictronic tu apa?

mcm medic + electronic je..

hehe..:)

Zul fattah said...

salam ramadhan... memang betul lol..
nice to meet u...

done follow u..

http://zulfattah.blogspot.com

mas saari said...

singgah sini dari blog abg ben!
salam ramadhan dan selamat berpuasa..

Alif Haris said...

salam ramadhan dan salam kenal .
datag dari blog bang ben :)

AKU said...

salam ramadhan~~~~~~

sobri yaacob said...

suke bca ksah ni..mcm mana susahnya nak cri dukit nak pg korea..bkn snag kita kna brusaha utk dpatkan apa yg kita mahu..yg pnting usaha tangga kjayaan..!!

Cik Sara said...

@sobri yaacob

betul tu..terasa betapa susahnya nak dapatkan duit tu..

Anonymous said...

like! :D
lawa header.. :D

Unknown said...

pegi korea ek? hebat!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...