Tuesday, December 11, 2012

Omedetou Gozaimasu!

A big congratulations to them!
Wahhh...dah lama tak menconteng dalam blog yang satu ni. Blog bersama rakan-rakan sekuliah.


Omedetou Gozaimasu!
Or
Congratulations to all of them..
Yang dah one step to marriage life and to those yang dah complete the stage..

 
Dalam tempoh beberapa bulan ni dah ramai kawan sekursus yang selamat mendirikan rumah tangga dengan insan tersayang.. Err..ramai ke?
Dah dua orang kan?
Tahniah2x..
Buat Sofie dan Naza yang dah selamat jadi suami orang.. Moga menjadi suami yang mithali! Hehehe..
Gambar? Nanti i try curi-curi dekat memana ye? Taip guna PC lab, mana ado gambar dalam ni haa...


Dan...
Tahniah juga buat mereka yang dah pun bergelar tunangan orang!
Wahhhh...mereka dah ada tunang! One step closer.. Eheh..

Tahniah buat Siti Zubaidah, Aimie Amalina dan Norfadila a.k.a Dila yang dah pun selamat jadi tunangan orang.. Next stage, tunggu jemputan nikah dan walimah diorang pulalah kan?


Oh ye! Tahniah juga untuk mom to be and dad to be yang ada dalam entrie sebelum ni.. Dah selamat pun melahirkan.
Omedetou Gozaimasu! Tahniah! Buat Eqyn dan suami serta Hafizul dan isteri atas kelahiran orang baru..

*wink *wink..
Wahhhhhh....mereka dah ada anak! Eheh....

Again? Gambaq?? Alahai againnnnn... malaslah nak activate fb semata-mata nak curik gambaq-gambaq mereka.. Weee...

p/s: Q atau Aimie, can you help me completing this entrie? Buat entrie bergambor pula.. Eheh..

Urmmmmmmm...ada lagi yang tertinggal tak? Apa-apa pun.. Omedetou Gozaimasu! Tahniah! Buat kamu-kamu semua.. Juga buat rakan-rakan maya yang sentiasa mendoakan.. Semoga kalian juga beroleh kegembiraan ini..~
 

Wednesday, May 30, 2012

Mereka

Detik berlalu, hari berganti. Sedar tak sedar sudah hampir setahun berlalu. Setahun selepas tamatnya pengajiah ijazah 4 tahun. Cepatnya masa berlalu. Apa yang berlaku selepas setahun berlalu?

Alhamdulillah.. dapat anak buah seorang. Madihah. Puteri kepada Abang Long Muhsin kita. This is their family..

Madihah with mommy and Daddy
Haaa.. ini close up gambar Madihah. Minta maaplah Abang Long, semuanya kidnap dari FB abang long. Heee..

Baby Madihah
Next adalah Kak Ngah kita.. Heee.. Yang sulung, abang long.. Yang kedua kahwin, kita panggil Kak Ngah ok? Kak Ngah Eqyn and Husband yang kahwin bulan 6 tahun lepas. Alhamdulillah, dah jadi mak buyung pun. Tunggu masa nak me"letop". Hahaha.. ayat apa je ni.. InsyaALLAH, katanya due bulan 7 ni.. Kita tunggu second anak buah pula ek? 

Eqyn and Husband
Gambar ni? Pun curi dari FB Eqyn.. Hahaha.. Bianata.. SUmimasen..

Seterusnya? Haaa... Bertambah lagi ahli keluarga SEPian ni. Giliran Abang Ude kita pula.. Hahaha.. sesuka hati sesuki jiwa ja bagi pangkat. Hafizul Fathil dan Isteri. 

Hafizul Fathil dan isteri.

Dan khabarnya salah seorang kawan SEPian kita ni dah bertunang. Bukti?

Sofie dan Pasangan
Haaa... bakal bertambah lagi anggota SEPian.. Yang lain? masih sibuk membina kerjaya.

Apa-apa pun, Gembira melihat perubahan ini. (^o,^)

Motif hari ini : Gambar curi dari FB! Eheh!

Wednesday, February 1, 2012

Perubahan-perubahan Fasa Hidup Kami

Assalamualaikum wbt.

It's Feb 2012. And this is the first entry for 2012. Aih....penulis-penulis pencen?
hehe..itulah, bila komitmen sudah beranak-pinak. =)

Sempena meraikan dua rakan kami yang masuk bersama, keluar tak berapa sama, maka saya menaip disini petang ini. Hmmm....mereka berdua, dengarnya Mei ini, akan mengalami fasa kegembiraan bergraduasi seperti yang kami lalui September lalu.  Alhamdulillah. Tahniah!!! ^_^

Itu mereka. Yang lain-lain mereka?
Ab.Long Muhsin dan Kak Ngah Ikin masing-masing dalam fasa menjadi bapa dan ibu. Tahniah kalian dan pasangan. Jaga diri selalu!!

Ab. Ude, si kacak Zul..haha....dah selamat bergelar suami orang 22 Januari lepas. Dan kami yang masih menetap di UTM ni ada la pergi melawat+mengusik+menghuru-hara kediaman pasangan pengantin baru ini beberapa hari lepas. kekeke...

Soup Min..oops..Sopie..hee...diam tak diam, hingar tak hingar....tunangan orang dah! Naza pun sekali. Tahniah juga buat kalian dan bakal kakak-kakak ipar. Semoga dipercepatkan jodoh dan dipermudahkan urusan ye...

Itu yang tahu. Sungguhlah saya yakin dan percaya masing-masing dari ahli SEPian kini dalam fasa hidup yang semakin berubah, selangkah, setapak menjadi insan-insan yang semakin berjaya. Kan, kan...? Sila angguk!! kekeke...selalu berfikir positif, dan percayalah hari-hari mendatang sentiasa akan menjadikan kita lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.

Buat sahabat, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang sekalian: Walau dimana sahaja anda berada, be good Stay healthy. Solat selalu. Jaga Makan. Kurangkan hisap rokok..errr...Kerana saya masih di UTM, sungguh saya sering menjadi mudah rindu pada kalian. Segenap ruang di kolej, di fakulti, ada kisah kita. Seakan terasa kehadiran kalian di sana-sini. Namun bila tersedar itu hanya bayangan, hasil rakaman minda sepanjang 4 tahun bersama, maka sebak pasti menerpa hati.....huuuu.....

Just....be good...where ever you are.....=')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...