Assalamualaikum wbt.
It's Feb 2012. And this is the first entry for 2012. Aih....penulis-penulis pencen?
hehe..itulah, bila komitmen sudah beranak-pinak. =)
Sempena meraikan dua rakan kami yang masuk bersama, keluar tak berapa sama, maka saya menaip disini petang ini. Hmmm....mereka berdua, dengarnya Mei ini, akan mengalami fasa kegembiraan bergraduasi seperti yang kami lalui September lalu. Alhamdulillah. Tahniah!!! ^_^
Itu mereka. Yang lain-lain mereka?
Ab.Long Muhsin dan Kak Ngah Ikin masing-masing dalam fasa menjadi bapa dan ibu. Tahniah kalian dan pasangan. Jaga diri selalu!!
Ab. Ude, si kacak Zul..haha....dah selamat bergelar suami orang 22 Januari lepas. Dan kami yang masih menetap di UTM ni ada la pergi melawat+mengusik+menghuru-hara kediaman pasangan pengantin baru ini beberapa hari lepas. kekeke...
Soup Min..oops..Sopie..hee...diam tak diam, hingar tak hingar....tunangan orang dah! Naza pun sekali. Tahniah juga buat kalian dan bakal kakak-kakak ipar. Semoga dipercepatkan jodoh dan dipermudahkan urusan ye...
Itu yang tahu. Sungguhlah saya yakin dan percaya masing-masing dari ahli SEPian kini dalam fasa hidup yang semakin berubah, selangkah, setapak menjadi insan-insan yang semakin berjaya. Kan, kan...? Sila angguk!! kekeke...selalu berfikir positif, dan percayalah hari-hari mendatang sentiasa akan menjadikan kita lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.
Buat sahabat, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang sekalian: Walau dimana sahaja anda berada, be good Stay healthy. Solat selalu. Jaga Makan. Kurangkan hisap rokok..errr...Kerana saya masih di UTM, sungguh saya sering menjadi mudah rindu pada kalian. Segenap ruang di kolej, di fakulti, ada kisah kita. Seakan terasa kehadiran kalian di sana-sini. Namun bila tersedar itu hanya bayangan, hasil rakaman minda sepanjang 4 tahun bersama, maka sebak pasti menerpa hati.....huuuu.....
Just....be good...where ever you are.....=')
1 comment:
'Penulis pencen'. Suka term tu, haha...
Post a Comment