Friday, July 29, 2011

| Lawatan Industri | 5.05.2009 |


Mei 2009. Masa ni Tahun 2 sem 2 kalau tak silap. Waktu ni cuti semester panjang. 
Senior-senior tengah buat praktikal.
Lebih tepat lagi, selepas habis peperiksaan semester.
Lawatan Industri ni diadakan dan diperkenalkan oleh senior-senior course. Disebabkan rasa tertarik lagi menarik, kitorang comeout dengan ajk sendiri dan rancang Lawatan Industri ini..

Kali ni, lawatan hanya tertumpu di Hospital sekitar Kuala Lumpur sahaja. Antara Hospital yang menjadi persinggahan kami adalah : 
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Prince COurt Medical Center
Radicare Office

Kenapa melawat Hospital? Sebenarnya nak melawat Department of Biomedical Engineering dekat hospital tu. Iyolah, part itu yang related dengan course yang kami semua ambil. Pentingnya lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan awal kepada kami semua keadaan atau suasana tempat kerja yang bakal kami tempuhi pada masa akan datang. Contohnya, selepas grad ini.

At least dapatlah rough idea apa sebenarnya skop kerja dalam bidang ni.


Pelbagai alat dan intrumentasi yang ditunjukkan kepada kami. Malah, kami juga berpeluang untuk memasuki ruangan bilik bedah. Melihat sendiri peralatan yang digunakan di dalam hospital. Safety and precaution of the equipments. and everything needed..
Bila masuk hospital, biasalah. Jumpa ramai Doktor perubatan. Nama pun hospital beb..

Dah alang-alang ke KL, sempat jugalah kitorang menyinggah ke KLCC. Some of us pergi menikmati panorama air di dalam Aquaria KLCC. Sempat jugalah kitorang singgah dekat Mines.

And yang paling seronok, malam last dekat KL kitorang buat BBQ and enjoy the day together. Seronok2x.. Bila diingat2x kembali, memang best.

1 comment:

Unknown said...

Kenangan dulu kadang2 kalau dikenangkan memang best kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...